Showing posts with label Tema. Show all posts
Showing posts with label Tema. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Ohh My s4 !

Selamat malam dan salam Jumaat.

Malam nie nak citer sedih-2 jeg. Apa yang aku rasa sekarang ? Zero ! Salah aku sebab tak pandai susun masa. Dan sekarang dah jadik macam nie, aku punn tak tahu nak buat apa. Hanya sesi luahan hati di blog jeg. 

Sedihh jugak sebab akan meninggalkan satu kelas Aplikasi Komputer yang diajar oleh seorang pensyarah yang sangat berdedikasi. Seorang pensyarah yang sentiasa ada masa untuk pelajar nyer, yang sentiasa ada saat susah dan senang, yang sentiasa ada untuk menyelesaikann masalah.

Rasa gembira sangat dapat masuk kelas s4 nie. Semua nyer dalam keadaan yang teratur. Sir pandai membuat perancangan untuk pelajar nyer. Setiap yang tindakan dilakukan ada sebab nyer. Ada perincian dalam setiap tindakan nyer.

Cuma sejak kebelakangan nie aku selalu masuk lambat biler kelas sir. Maaf ya sir. Hehee. Keadaan sebegini menyebabkann saya tidak dapat mengurus kann masa dengan baik. Disini juga saya ingin memohon maaf kepada sir Azzwan seandai nyer saya ada menguris perasan atau hati dengan kata-2 saya. Dengan harapan sir baca entri nie.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sir Azzwan atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perkenalan antara saya dan sir. Saya rasa sangat bertuah dapat bersama sir dalam kelas s4 ini. Sekira nyer umur panjang, dapat lahh kita bertemu kembali. 

Semoga sir dapat kejayaan di negara orang kelak. Jangan lupa kann saya disini apabila sudah menjejak kann kaki ke negara orang. Hanya doa dari saya yang akan mengiringi sir sepanjang sir berada di sana. InsyaALLAH. Semoga sir mendapat umur yang diberkati oleh ALLAH sepanjang kehidupan sir di negara orang. Tiada perkataan lain selain RINDU yang akan saya sebut apabila sir sudah tiada di Malaysia nanti. Apa yang saya harapkann sir akan pulang ke tanah air apabila kelas s4 sudah sampai masa untuk memegang segulung IJAZAH SARJANA MUDA kelak. Doakan juga kejayaan kami disini. 

InsyaALLAH, jika ada kelapangan masa, saya akan terus menulis di dalam blog ini. Saya mohon maaf atas kerja sambil lewa yang saya lakukan. Mohon maaf atas segala perlakuan yang tidak menyenang kann hati sir. Terima kasih atas kesemua nyer sir. Terima kasih kerana meluang kann masa bersama hanya untuk mendengar masalah kecik saya. Halal kann segala ilmu yang telah sir curahkann kepada saya.

Sekian untuk kesekian kali nyer. Sayang s4 ! :*

Monday, 16 December 2013

11 / 12 / 2013

Assalamualaikum dan salam maghrib :)

Tetiba dapat ilham untuk menaip waktu-2 macam nie untuk penuh kann entri dalam blog aku. Hmm, aku nak cerita pasal tarikh keramat nie. Nombor dah lawa, 11 12 13 pulakk tu, tapii, apa yang jadik kat aku tak lawa pulak. Huhuhuu. Bersabar laa nak. -.-''

Aku akui jugak memang salah aku sebab tak bertindak awal dan suka buat kerja 'last minute'. Nie laa padah nyer. Kena kat batang hidung sendiri akhir nyer dan aku pasrah. :')

Tarikh nie sebenar nyer adalah tarikh sesi pembentangan untuk subjek Aplikasi Komputer. Subjek yang Sir Azzwan ajar laa. Hahaaa. Buat kerja last-2, then tunjuk punn last-2 so nak edit punn last-2 jugak. Sume nyer last-2 laa senang citer. At last aku tak tido satu hari konon nyer nak edit video yang mungkin boleh menyelamatkan kumpulan aku. Tapii, lepas Subuh, tertido pulakk then bangun lambat untuk pergi sesi pembentangan. 

Sampai jeg kelas, terus kena tahan. Sebab datang lambat. Aptb si Wan nie. -.-'' Dah laa aku pinjam laptop umee. Kesian umee kena tunggu aku. Hahaaa. Di-pendek-kan cerita, aku punyer pembentangan macam haremm. Tu laa hasil kerja last minute. Sume nyer ada 'last minute'. Dan pengajaran yang aku belajar pada hari dan tarikh yang lawa nie ialah JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE ! REMEMBER IT !

Sekian dari aku. Renung-renungkann dan selamat beramal :')

Sunday, 15 December 2013

SYUKUR

Assalamualaikum dan selamat pagi-pagi. 

Haa, lame nyer tak tulis entry baru. Tema 2 minggu lepas punn aku tak buat lagi. Haihh -.-' Aku patut bersyukur dapat seorang pensyarah macam Sir Azzwan nie. Kalau pensyarah lain, tak kisah pasal blog-blog nie. Tapii markah tetap kena ambil jugak sebagai carry mark. Macam mana nak dapat markah kalau blog cuma 2 post dan pensyarah tu tak pernah ambil tahu punn tentang blog pelajar nyer. 

Apa yang aku kagum dengan sir dan buat aku rasa bersyukur sangat ialah sir tak pernah kedekut masa untuk pelajar nyer. Walaupun masalah peribadi, sir tetap akan luangkann masa untuk mendengar masalah pelajar nyer. Tak ada pensyarah yang akan buat begitu untuk pelajar nyer. 

Bersyukur dapat masuk set yang diajar oleh Sir Azzwan. Pada awal kelas dulu aku ada niat nak tukar set, tapii atas nasihat Umee dan keberanian aku untuk menghadapi sikap sir yang ala-2 ke-muda-an tu, aku kekal hingga sekarang dan aku rasa bertuah dapat belajar dalam set 4 nie.

Walaupunn masuk kelas sir banyak bercerita dan melawak, sebenar nyer banyak pengajaran yang sir nak terapkann dalam diri setiap pelajar nyer. Cuma kita sedar atau tidak jeg. Bukan mahu membandingkann antara set, tetapi ingin aku katakann set 4 sir Azzwan awesomee !

Tapii, berita yang menyedihkann sir akan sambung belajar keluar negara dan saat sir menceritakan tentang perkara itu,sungguh, bergelingang air mata aku. Sebab apa ? Sebab tiada lagi pensyarah yang akan duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar nyer bersama. Dan apa yang aku mampu buat ialah hanya berdoa yang terbaik untuk sir Azzwan.

Dan aku beryukur dipertemukan seorang pensyarah, seorang pendengar dan seorang kawan seperti Sir AZZWAN. Terima kasih atas segalanyer sir dan semoga berjaya dunia akhirat.


Friday, 29 November 2013

SOMEONE SPECIAL FOR ME !

Orait, sampai tema untuk minggu nie. Ehh, Assalamualaikum :)

Ok, nak story pasal someone special nie macam susah sikit. Bukan apa, nak story pasal boyprenn, buat sakit hati, nak story pasal family, maybe lain kali. Nak story pasal bestfrenn ? Bestfren dah tikam belakang. Acane tu ? 

So, aku decide nak story pasal 2 manusia yang banyak tolong aku. Perkenalan kami tak daa laa lama sangat. Kenal masa kat KMJ jugak. Sorang jumpa masa main netball sorang lagi classmate. Sampai sekarang kami masih contact antara satu sama lain. Sorang kat UKM, sorang lagi kat UNISEL. 

They are UME YANA BT ABD RAHMAN and NORHAMIZA BT AZMI.


#UME #WAN #MIZA

Memang aku tak berapa kenal lagi mereka. Aku tak tahu apakah hobi mereka, apakah warna kegemaran mereka, apakah cita-cita mereka, tapii mereka lahh yang banyak tolong aku saat diri aku rasa tak berguna. Saat aku dikhianati oleh kawan baik aku sendiri, Miza yang banyak sokong aku. Saat aku tak percaya lagi orang yang bergelar kawan, Miza dan Ume yang sokong aku. Saat konflik berlaku antara aku dengan orang yang aku sayang ( boypren ), Ume yang sokong aku.

Sokongan yang tak putus bersama kata-kata semangat yang mereka beri menyebabkann aku masih disini. Segala kisah hidup tidak lagi menjadi rahsia antara kami. Masa banyak diluangkann bersama. Lebih akrab bila tempat belajar di satu negeri yang sama.

Macam banyak ayat jiwang jeg. Aku peduli apa, blog aku. Hahaaa. Memang ini yang aku rasa kann bila mereka ada dengan aku. Apa yang aku harapkann adalah kita akan menjadi kawan yang terbaik sehingga ke akhirat. Korang semua kena ingat, bila seseorang tu dahh jadik kawan kita, dia akan menjadi kawan kita untuk selama nyer. Cuma aku terkilan sebab kawan baik aku sendiri tikam belakang aku. Jadi lalang yang hanya bergerak mengikut tiupan angin yang kuat. :'(



Miza and Ara


Netball mengeratkann hubungan kami

Semoga Allah memberikan umur yang bermanfaat kepada sahabat-sahabatku ini. Ya Allah, lancarkan lahh perjalanan hidup mereka dan redhai kehidupan mereka. Hanya doa yang mampu aku berikan. 

Sekian, selamat beramal :)

Wednesday, 27 November 2013

KAHWIN MUDA



Assalamualaikum. Selamat pagi !

Kahwin muda adalah tajuk untuk tema kita pada kali nie ye. Siapa yang tak nak kahwin ? Aku rasa majoriti ramai yang nak kahwin termasuk lahh aku. Heheee. Cuma yang membezakan kita adalah cepat atau lambat perkahwinan kita tu. Pada aku lahh kann, kalau diberi pilihan aku nak kahwin tak nak cepat sangat dan tak nak lambat sangat. Umur dalam 25 tahun tu dah kira nice kowt. Untuk perempuan laa. Hehee.

Tapii awak-awak semua kena ingat ajal maut jodoh ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berdoa. Sentiasa ingat lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulahh sebaliknya.

Kadang-kadang orang yang kahwin muda nie cakap bagus kahwin awal-awal sebab dapat mengelakkan daripada berlaku maksiat. Ya, memang betul tu. Tapii pada aku, kalau kahwin terlalu awal, kita akan rugi. Rugi sebab kita tak merasa zaman bujang kita. Heheee. Tu pada pendapat aku laa kann. 

Hmm, tapii ada banyak hikmah nyer kalau kahwin muda nie. Nak tahu lebih lanjut ? Sila klik SINI. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang baik kepada hamba-Nya. Tugas kita sekarang adalah berdoa agar ditemukan jodoh yang sempurna dan sekufu dengan kita. Aminn :')



Tuesday, 26 November 2013

LAB TEST 1 !

Selamat malam :)

Entry aku kali nie nak story pasal Lab Test 1 rabu lepas. Hehehee. Baru nak buat malam nie. Maaf ye, kekangan masa. Almaklum laa sekarang nie sibuk dengan sukem, program HP, exam midsem. Tapii, aku tetap cari masa untuk buat entry nie.

Ok, nak mula cerita pasal lab test nie. Hmm, pagi tu sebenar nyer aku terbangun lambat. Heheee. Sebab apa ? Sebab buat kuiz akaun yang tak imbang tu sampai ke pukul 3 pagi. Hahaaa. Thenn, masuk-2 jeg, sir punn bagi test. Aku dengan penuh confident jawab test tu. Fisrt aku tengok soalan macam tak percaya. Sebab apa ? Sebab soalan tu sir dah bagi masa buat latihan dan aku rasa senang soalan nyer. -.-'

Bila nak masuk soalan fisrt, aku terus blank. Masa tu laa aku rasa bersalah dan menyesal kerana berlagak tahu dan tak buat latihan. Beranikann laa diri tanye sir, tapii tak dapat pape dan sir suruh skip dulu dan buat soalan lain. Rasa menyesal tu betul-2 kat atas kepala. Fuhhh -.-'' 

Tabahkann diri dan buat soalan seterus nyer. Buat-buat, alhamdulilah :') Dalam masa 2 jam 30 minit aku dapat siapkann. Tu punn nasib baik sir bagi soalan yang dah pernah buat. Kalau soalan lain ? Aku rasa tak cukup 2 jam 30 minit tu. Heheee. Soalan tu punn tak semua student boleh buat dengan cekap. Sebab apa ? Sebab masing-masing bodoh sombong termasuk aku. Heheee. Sir ada masa yang cukup panjang untuk diluangkann kepada student, tapii tak semua rebut peluang yang ada untuk datang bertanya dan buat latihan.

Pengajaran nyer kat sini janganlahh berlagak tahu semua nyer. Sentiasa bertanya dan rebut peluang yang ada untuk kepentingan diri kita jugak. Sir tolong kita tapii sir tak dapat pape punn malah faedah nyer akan datang untuk diri kita sendiri. Terima kasih Sir Azzwan atas segala bantuan. Harap dapat markah ujian makmal yang memberangsangkann. Hehee. 

Monday, 25 November 2013

KEJUJURAN DALAM PERHUBUNGAN



Jujur lahh sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati




Berkata lahh jujur walaupun ianya sakit. Jujur itu indah. Skop kejujuran dalam perhubungan nie besar sebenar nyer. Hubungan pulak banyak jenis hubungan. Hubungan kita dengan Pencipta, hubungan kita dengan ibubapa, hubungan kita dengan rakan-rakan and banyak lagi lahh. Jadi di dalam setiap perhubungan itu perlu lahh kita bersikap jujur walaupun pahit. 

Hal ini berdasarkan firman Allah ta’ala (yg artinya):“Dan barangsiapa taat kpd Allah n Rasul-Nya, maka mereka akan dikumpulkan (di dlm Surga) bersama orang2 yg diberi nikmat oleh Allah dari kalangan para Nabi, orang2 yg selalu JUJUR, orang2 yg mati syahid, n orang2 sholih.” (QS. An-Nisa’: 69).


First of all, aku nak story laa sikit pasal kejujuran dalam perhubungan antara kita dengan ibubapa. Hidup tak tenang kalau parents tak tahu apa yang kita buat. Rasa serba salah, tak sedap hati. Semuanya adaa. Aku nie jenis yang akan bagitahu or minta izin kat mak kalau aku buat sesuatu yang diluar kebiasaan. Ya, mungkin aku nie anak perempuan dan takut kalau berlaku sesuatu kejadian  yang tak diingini. Jadi berlakulahh jujur terhadap ibubapa.


Thenn, aku nak story sikit pasal jujur dalam hubungan bercinta. Benda nie kena kat batang hidung aku beberapa hari yang lepas. Si kekasih hati dah berbaik dengan kekasih lama dia. ! Huargghhh ! Aku tak jeles punn, tapii aku pelik mana pergi kejujuran dia ? Kenape dia tak bgthu aku sendiri yang diaorg dah berbaik balik ? Kenape mesti aku tahu biler aku stalk diaorg ? Why ? Why ? Macam mana aku nak percaya hubungan kita boleh berkekalan. Jadi, bersikap lahh jujur walau dalam apa hal sekalipunn. Kecewa ? Ya, memang aku kecewa. Kecewa sebab hilang kejujurannya di situ. 


So, juz be honest and tell the truth in anyway. 


Sunday, 27 October 2013

TANGGUNGJAWAB ?




Sape rasa diri dia tak da tanggungjawab ? Aku rasa semua ada tanggungjawab memasing. Tak kira la besar or kecik tanggungjawab tu. Sebagai insan biasa sekecil-kecil tanggungjawab adalah tanggungjawab kepada diri kita sendiri. Kena take note ouke. Hmm, banyak tanggungjawab kita nie. Antaranya :

  • Tanggungjawab sebagai seorang hamba ( Tuhan )
Kehidupan di dunia ini bukanlah hanya sebagai insan yang tidak berteraskan atau berpandukan apa-apa panduan. Tapi kita diciptakan dan dilahirkan sebagai insan yang mempunyai agama dan Tuhan. Kehidupan yang sempurna ini atas pemberian Pencipta kita iaitu Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya perlu menurut perintah Allah iaitu solat 5 waktu, beramal soleh, berbuat baik sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Semua yang diberikan Allah sepatutnya sudah menimbulkan rasa tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab untuk menunaikan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

  • Tangggunjawab sebagai pelajar
Pelajar. Jika kita renung kembali sudah hampir 1 dekad kita digelar sebagai pelajar. Semestinya tanggungjawab kita adalah untuk belajar. Jadi, kita perlu menetapkan matlamat untuk terus berjaya sebagai seorang pelajar. So, biler matlamat tercapai, kita berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sempurna. Its easy right ?

  • Tanggungjawab sebagai ahli keluarga
Buat masa nie tanggungjawab aku dalam keluarga adalah sebagai seorang anak. Jadi seorang anak wajib menjaga nama baik keluarganya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa. Even mereka sudah meninggal, sebagai seorang anak, kita masih bertanggungjawab kepada mereka. Jangan pernah buat hati mereka kecewa. 
  • Tanggungjawab sebagai pencinta
Disebabkan Sir ada cakap sebagai pencinta. So, aku tertarik nak ulas isu nie. Haaa, yang nie agak romantik sikit. Memandangkan aku seorang pencinta. Maka, aku rasa tanggungjawab yang penting adalah meluangkan masa dengan si dia. Kalau ada pencinta tapi buat seperti mereka tidak wujud dan biarkan mereka terdampar begitu sahaja, serupa jugak tak payah ada pencinta. Betul tak ? Lepaskan dia jika anda berbuat sedemikian. Jangan penjara hati mereka.


Tuntasnya, kita hidup menumpang di atas muka bumi Pencipta wajib menjalankan tanggungjawab. Tiada siapa yang akan menunjukkan tiap satu tanggungjawab yang kita galas. Tapi ingatlahh tiap perkara yang dilakukan mnerupakan tanggungjawab kita sebagai manusia.

Saturday, 26 October 2013

Life UKM ?


Haa, sekarang nie aku dah hampir 2 bulan kat UKM. Pejam celik pejam celik jeg. Macam baru semalam ayah mak hantar daftar. Huhuu. Maka, dengan itu bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa. Hahaa.

Fisrtly, tak da perasaan sangat punn masuk UKM. Sebab aku target nak masuk UUM. Tapi, rezeki Allah bagi kat sini. Alhamdulilah. :) Diteruskann jugak even buah hati tak da kat sini. Huhuu.

Al-kisah nyer aku dapat laa kat Kolej Ibrahim Yaakub. Tinggi woii. Patut laa nama nyer Highlanders. Daki bukit KIY nie membuatkan naik berat badan. Hahaa. Pelik tapi benar. Aku sendiri tak paham. Mana tak nyer, daki bukit lapar then makan. Turun bukit punn lapar, then makan lagi. Fuhh, makan untuk hidup or hidup untuk makan ? Hmm, apa yang membuatkan aku terus semangat duduk kat kolej nie adalah disebabkan lagu kolej. Mendalam maksud nyer. Sobsobb :'(

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
Tiada puncak terlalu tinggi
Untuk kami terus mandaki
Tiada lurah terlalu dalam
Buat kami tenggelam

Hutan rimba padangnya lalang
DECTAR megah jalannya jauh
Panas terik hujan gerimis
Ayuhlah terus maju

Haram patah hati diri ini
Susah senang kami disini
Kerana terlatihnya diri ini
Untuk bangsa dan negara


Macam-2 aku lalui sepanjang aku menetap disini. Blackout laa, takda air laa. Macam-macam lagilahh. Aku tahu pengalaman nie lahh yang akan aku rindu biler dah tak duduk sini. Aku punn da start join macam-macam program dan aku sedar program nie lahh yang akan membuatkan aku lebih matang dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswa.

Nak story pengalaman manis. Ada ke ? Ada rasa nyer. Tapi tak ada lahh manis sangat. Paling best biler blackout. Satu wing akan menjadi satu group. 1 bilik tidur 10 orang. Pergi makan macam pergi rombongan. Menyanyi akustik sama-sama. Happening habiss. Kegembiraan bersama tak dapat diungkap. Hahaa

Pengalaman pahit pulakk ? Hmm, yang nie dah banyak. Macam-macam adoo. Kena halau dari kelas, kena kacau dengan monyet, room alone forever. Haihh -.-' 

Cara pembelajaran kat sini punn lain. Kita kena pandai gerak sendiri untuk berjaya. Usaha sendiri dan yang penting adalah pembelajaran secara berkumpulan. Tenaga pengajar tidak akan cari kita tetapi kita yang perlu mencari mereka. Jangan mudah lalai dengan dunia luar. Jangan mudah terpengaruh dengan nafsu. Sedar ! Bangun dari mimpi ! Kita tidak lagi 'disuapkan' tapi kita perlu 'menyuap' sendiri. 

Kita mahasiswa, kita bijak memilih yang mana betul atau salah. Wish you all good luck !



Thursday, 24 October 2013

HARAM KE 'COUPLE' ?





"Ohh, sayang intan payung, cakap aje apa yang sayang nak. Lautan api sanggup saya renang"
"Alaaa buchuk-buchuk, jangan laa marah baby"
"U nak tahu nape I sayang kat U ?"
"Sebab U cantik sangat, seperti bulan purnama"

Mesti korang rasa sweet kann kalau dapat couple macam tu. Hahaa. Ayat punn sweet jugak. Tapi pada aku laa kann, menyampah kalau dapat couple yang macam nie. Ayat cliche tu sume. Ntah dah bape banyak dia copy untuk pikat awek. Tu pandangan aku jeg. Heheee. Kalau yang suka tu, suka laa. Semoga anda semua bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah ye.

Hmm, couple ? Apa tu ? Hahaaa. Tak kann laa awak-awak nie semua tak tahu couple tu apa. Budak Tahun 6 punn tahu couple taw. "Awak jum couple dengan saya". Hahaaa. Lawak giler dengar budak-budak cakap macam tu. Tahun 6 kowt. Bayangkan betapa kuat nyer pengaruh sosial terhadap kanak-kanak.

Baiklah, kita cerita dari segi Islam. Adakah benar couple itu haram ? Kita akan dengar pelbagai pendapat dan kita sendiri akan jadi keliru.

Sebenar nyer, tak salah kita hendak menjalinkan hubungan dengan seseorang. Tapi, biarlah berlandaskan niat yang betul. Manusia rambut sama hitam tapi niat di hati lain-lain. Tak tahu kann niat orang.

Apa yang menyebabkan couple itu haram adalah apabila berlaku 5 perkara iaitu :
  • Tidak mempunyai niat yang baik atau sebaliknya
  • Tidak mematuhi syariat agama
  • Menjatuhkan maruah (peribadi) seorang wanita
  • Membazirkan wang kepada perkara tidak wajar
  • Membuang masa kepada perkara yang tidak wajar
Banyak juga hikmah nyer kalau kita tak couple. Biar lahh kita forever alone, tapi segala batas kita terjaga. Hubungan dengan Allah perlu diutamakan kemudian jagalah hubungan dengan kedua ibubapa. Even couple jarak jauh punn, kalau niat hanya untuk mempermainkan, ia akan menjadi dosa ye kawan-kawan.



Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)





Wednesday, 16 October 2013

Ohh ! Dunia tanpa elektrik !

Hyepp ! Yahoo, kita jumpa lagi laa ! Ok, nie tajuk yang diberi oleh Sir Azzwan sebab masa beliau bagi tajuk nie,  kelas Aplikasi Komputer tak dapat dijalankan sebab fakulti tak da elektrik. Kiteorg punn hooray laa, ingatkan tak da kelas, rupa nyer ada.

Sir Azzwan : Aku meninggal atau tak yang menentukan kelas ada atau tak.

See ! Even tak da elektrik atau pape jadik kat fakulti punn, kelas tetap jalan. Betapa semangat nyer Sir nak ajar kiteorg. Hiks. :) 

Hmm, pada aku laa, kalau orang tanye air atau elektrik yang penting. Aku akan jawab air. Tapi sejak aku masuk UKM dan selalu blackout, aku akan jawab elektrik lagi penting.

Terseksa woi biler tak da elektrik. Malam tidur dengan nyamuk, nak jalan kena perlahan-lahan, panas lagi. Fuhh, cukup laa biler aku rasa hampir 28 jam hidup tanpa elektrik. Then, kita pikir balik, nape elektrik penting dalam hidup seharian kita.



Bekalan elektrik

Penting sangat elektrik taw. Sebab apa ? Sebab zaman moden nie, dah macam-macam teknologi yang wujud dan semua teknologi tu menggunakan elektrik. Betul tak ? Kita berhubung menggunakan elektrik jugak. Dah tak da surat menyurat atau gunakan khidmat burung macam dulu. Haa, selain tu, elektrik penting sebab hampir 99% tempat mencari rezeki menggunakan elektrik. 

Ohh elektrik, jangan kau hilang lagi kat Kolej Kediaman. Dah serik tidur bertemankan nyamuk, mandi bertemankan lampu suluh, jalan seperti tanpa hala tuju. Cukuplahh, cukup ! Tapi sebenar nyer best biler tak da elektrik. Sebab banyak kelas yang dibatalkan. Heheee. Hmm, macam-macam impak yang kita akan dapat bila ada atau tak da elektrik nie. Cuma pandangan orang jeg berbeza. Bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Apa yang wanQ nak cakap kat sini, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Nya. Tak semua manusia nasib nyer sama macam kita. Okeyyy ? 



Monday, 14 October 2013

MEDIA SOSIAL ?



Hyeppp ! Media sosial ea ? Apa tu ? Come on laa, generasi Y lebih arif pasal nie. Betul tak ? Hahaaa. Hmm, nak berhujah kat sini pasal kelebihan dan kelemahan wujud nyer media sosial. Cehh, topik macam karangan SPM.

Mesti citer pasal baik-baik dulu kann. Kelebihan media sosial nie banyak sebenarnya. Cuma kita sebagai pengguna jeg yang nak kena pandai gunakannya. Betul tak ? Kita dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama manusia kalau kita bijak gunakan media sosial nie. Banyak contoh wanQ nak bagi. Tapi wanQ bagi satu jeg laa ea. Ok, contoh 'Facebook' (FB). Kita dapat jumpa balik kawan dari sekolah rendah yang dah berdekad kita tak jumpa. Betul kann ? Kita dapat buat 'reunion', bertukar-tukar cerita dan macam lagi laa. Tapi paling best kalau dapat tahu kawan sebaya kita dah kahwin. Muahahahaaa. Macam lagi kelebihan media sosial nie. So, sama-sama lahh kita gunakan media sosial nie dengan berhemah.




Media sosial menghubungkan kita

Haa, dah pokpek-pokpek pasal kelebihan, kita gi kelemahan media sosial nie pulak. Bila tak pandai guna media sosial nie dengan baik, datanglah banyak kelemahannya kat situ. Nak citer pasal kelemahan nie lah kadang-kadang sakit hati. Sebab nyer, aada jugak terkena kat batang hidung kita sendiri. Haihhh. -.-' Tapi yang menjadi kebimbangan banyak pihak sekarang adalah pengaruh terhadap kanak-kanak. Budak-budak sekarang tak dah yang main guli, main kejar-kejar. Budak-budak sekarang main kat Siber Kafe jeg. Main dota, main PES, main blackshot. Tambah lagi dengan pengaruh untuk mereka melayari internet yang tanpa batasan tu. Jadi, pihak yang bertanggungjawab contohnya ibubapa, perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak.



Keratan akhbar tentang media sosial



Contoh media sosial

Sunday, 13 October 2013

MY INSPIRATION



Sebenarnya dah berkurun lama tugasan untuk tajuk nie Sir Azzwan bagi. Tapi, baru hari nie aku nak post kat dalam blog aku. Hikkss. Rela paksa nak buat blog, macam nie la jadik nyer. Ditambah lagi dengan diri aku yang buta IT nie. Buat dono jeg laa kan. Ishhh. Apa nak jadi laa si wanQ nie.

Thenn, sekarang baru sedar yang aku dah banyak tertinggal. Menyesal sekarang punn tak guna wanQ. Huhuu.

Ok, inspirasi aku ? Hmm, aku tak bape nak kenal dengan blogger-2 nie. Tapi aku terkejut bila tahu Mat Luthfi nie blogger jugak. Hahaaa. Aku ingat dia nie just famous kat youtube jeg. Video dia best sangat. Macam-2 input yang aku dapat dari dia. Even santai, tapi dari segi isi yang nak disampaikan untuk kita mesti sampai. Watlek watpis jaa. 

Setelah puas mencari blog dia, akhirnya jumpa jugak. Ini ke blog nyer ? Haa, betul laa tu. Blog dia punn best jugak. Walaupun merapu, merapu dia ada makna taw. 





Mat Luthfi

Jadikanlah dia nie inspirasi. Banyak input yang kita akan dapat. Merapu dia, merapu berisi. Kalau aku yang merapu, hampehhh -.-'


Dah graduate punn dia nie



Tuesday, 1 October 2013

WHAT YOU DO IF YOU HAVE A POWER IN THE WORLD ?

IF I HAVE A POWER IN THE WORLD

WHAT IF ?
Aku akan mendamaikan segala peperangan yang berlaku kat dunia nie. Bukan apa, aku sedih tengok orang mati sana sini. Darah melimpah ! Tak takut ke tengok darah and mayat sana sini ? Tak da perasaan ke ? Tapi aku tahu, ada hikmah disebalik apa yang berlaku kat dunia yang fana nie. Allah Maha Adil. Ada balasannya nanti. Itu kalau diberi kuasa, tapi tu semua angan-angan jeg.

WHAT IF ?
Aku akan suruh orang-orang kat dunia nie tanam tumbuhan hijau. Tak kisah la, kecik or besar tumbuhan tu, janji ada tanam. Hahaa. Salah satu sebabnya, sebab aku suka warna hijau. Yeaaahhh \('.')/ Kan cantik pemandangan kalau warna hijau jeg. Lagi satu, warna hijau nie akan mengelakkan mata kita daripada rabun. Haaa, one more thing, kalau tengah belajar or whatever you do and terasa mengantuk, rajin-rajinkan diri tengok ciptaan Tuhan yang berwarna hijau. InsyaAllah, hilang segala pemberat kat mata tu. 

Best kalau ada power kat dunia nie, macam-macam kita boleh buat. Tapi bukan untuk kepentingan kita jeg, fikir untuk orang lain sekali ye ! Selamat beramal ! :)

Its me !

Assalamualaikum. Hello ! Hello !


Rasa berbangga dilahirkan ke dunia ini. Alhamdulilah Allah memberi peluang kepada insan ini untuk merasa nikmat di dunia yang sementara. Hasil perkahwinan antara Wan Ismail Bin Wan Mohamad dan Nandong Binti Mohamed selama 25 tahun, Allah telah mengurniakan mereka berdua 6 orang anak. 4 putera dan 2 puteri. Pada tanggal 21 Januari 1994 (hari Jumaat pagi, sebelum kaum Adam menunaikan solat Jumaat), dengan kudrat dan rasa kasih sayang seorang ibu telah melahirkan salah seorang puterinya. Selama 9 bulan dibawa ke sana-sini tanpa ada rasa penyesalan. Maka, wujudlah Wan Quraisyah Binti Wan Ismail. Macam cerita fairytail la pulakk. 

Kini, aku berada di UKM. First time in my life buat blog taw. Huuahhhh ~^.^~ 

So nak wish, WELCOME TO MY BLOG !