Saturday, 26 October 2013

Life UKM ?


Haa, sekarang nie aku dah hampir 2 bulan kat UKM. Pejam celik pejam celik jeg. Macam baru semalam ayah mak hantar daftar. Huhuu. Maka, dengan itu bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa. Hahaa.

Fisrtly, tak da perasaan sangat punn masuk UKM. Sebab aku target nak masuk UUM. Tapi, rezeki Allah bagi kat sini. Alhamdulilah. :) Diteruskann jugak even buah hati tak da kat sini. Huhuu.

Al-kisah nyer aku dapat laa kat Kolej Ibrahim Yaakub. Tinggi woii. Patut laa nama nyer Highlanders. Daki bukit KIY nie membuatkan naik berat badan. Hahaa. Pelik tapi benar. Aku sendiri tak paham. Mana tak nyer, daki bukit lapar then makan. Turun bukit punn lapar, then makan lagi. Fuhh, makan untuk hidup or hidup untuk makan ? Hmm, apa yang membuatkan aku terus semangat duduk kat kolej nie adalah disebabkan lagu kolej. Mendalam maksud nyer. Sobsobb :'(

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
Tiada puncak terlalu tinggi
Untuk kami terus mandaki
Tiada lurah terlalu dalam
Buat kami tenggelam

Hutan rimba padangnya lalang
DECTAR megah jalannya jauh
Panas terik hujan gerimis
Ayuhlah terus maju

Haram patah hati diri ini
Susah senang kami disini
Kerana terlatihnya diri ini
Untuk bangsa dan negara


Macam-2 aku lalui sepanjang aku menetap disini. Blackout laa, takda air laa. Macam-macam lagilahh. Aku tahu pengalaman nie lahh yang akan aku rindu biler dah tak duduk sini. Aku punn da start join macam-macam program dan aku sedar program nie lahh yang akan membuatkan aku lebih matang dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswa.

Nak story pengalaman manis. Ada ke ? Ada rasa nyer. Tapi tak ada lahh manis sangat. Paling best biler blackout. Satu wing akan menjadi satu group. 1 bilik tidur 10 orang. Pergi makan macam pergi rombongan. Menyanyi akustik sama-sama. Happening habiss. Kegembiraan bersama tak dapat diungkap. Hahaa

Pengalaman pahit pulakk ? Hmm, yang nie dah banyak. Macam-macam adoo. Kena halau dari kelas, kena kacau dengan monyet, room alone forever. Haihh -.-' 

Cara pembelajaran kat sini punn lain. Kita kena pandai gerak sendiri untuk berjaya. Usaha sendiri dan yang penting adalah pembelajaran secara berkumpulan. Tenaga pengajar tidak akan cari kita tetapi kita yang perlu mencari mereka. Jangan mudah lalai dengan dunia luar. Jangan mudah terpengaruh dengan nafsu. Sedar ! Bangun dari mimpi ! Kita tidak lagi 'disuapkan' tapi kita perlu 'menyuap' sendiri. 

Kita mahasiswa, kita bijak memilih yang mana betul atau salah. Wish you all good luck !



No comments:

Post a Comment