Thursday, 24 October 2013

HARAM KE 'COUPLE' ?





"Ohh, sayang intan payung, cakap aje apa yang sayang nak. Lautan api sanggup saya renang"
"Alaaa buchuk-buchuk, jangan laa marah baby"
"U nak tahu nape I sayang kat U ?"
"Sebab U cantik sangat, seperti bulan purnama"

Mesti korang rasa sweet kann kalau dapat couple macam tu. Hahaa. Ayat punn sweet jugak. Tapi pada aku laa kann, menyampah kalau dapat couple yang macam nie. Ayat cliche tu sume. Ntah dah bape banyak dia copy untuk pikat awek. Tu pandangan aku jeg. Heheee. Kalau yang suka tu, suka laa. Semoga anda semua bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah ye.

Hmm, couple ? Apa tu ? Hahaaa. Tak kann laa awak-awak nie semua tak tahu couple tu apa. Budak Tahun 6 punn tahu couple taw. "Awak jum couple dengan saya". Hahaaa. Lawak giler dengar budak-budak cakap macam tu. Tahun 6 kowt. Bayangkan betapa kuat nyer pengaruh sosial terhadap kanak-kanak.

Baiklah, kita cerita dari segi Islam. Adakah benar couple itu haram ? Kita akan dengar pelbagai pendapat dan kita sendiri akan jadi keliru.

Sebenar nyer, tak salah kita hendak menjalinkan hubungan dengan seseorang. Tapi, biarlah berlandaskan niat yang betul. Manusia rambut sama hitam tapi niat di hati lain-lain. Tak tahu kann niat orang.

Apa yang menyebabkan couple itu haram adalah apabila berlaku 5 perkara iaitu :
  • Tidak mempunyai niat yang baik atau sebaliknya
  • Tidak mematuhi syariat agama
  • Menjatuhkan maruah (peribadi) seorang wanita
  • Membazirkan wang kepada perkara tidak wajar
  • Membuang masa kepada perkara yang tidak wajar
Banyak juga hikmah nyer kalau kita tak couple. Biar lahh kita forever alone, tapi segala batas kita terjaga. Hubungan dengan Allah perlu diutamakan kemudian jagalah hubungan dengan kedua ibubapa. Even couple jarak jauh punn, kalau niat hanya untuk mempermainkan, ia akan menjadi dosa ye kawan-kawan.



Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)





No comments:

Post a Comment