Tuesday, 29 October 2013

AIS OHH AIS




"Jangan makan ais tu wan"
"Akak jangan gigit ais tu"
"Hamboi wan, makan ais macam makan gula-gula"
"Kurangkann sikit minum ais, banyak penyakit nanti"

Ini lahh ayat yang selalu keluar biler orang nampak aku makan ais. Aku pantang jumpa ais dan akan sentiasa mencari ais. Lama-lama aku makin ketagih dengan ais. Orang tegur punn aku tak hirau. Heheee.

Tapi aku akan cuba tahan biler sampai musim aku bersukan. Tapii tak boleh jugak, aku tetap telan ais. Hahaa. Sampai satu masa aku rasa sakit yang amat pada badan. Tulang-tulang sentiasa rasa sengal-sengal. Kalau daki bukit KIY tu macam orang tak cukup nafas. Thenn sekarang baru aku terpanggil untuk tulis entry nie sebagai pengajaran untuk aku dan korang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Setelah mencari-cari kesan makan ais, banyak juga keburukkan nyer. 





  • Makanan menjadi beku dalam perut dan akan membentuk lemak. Lemak ini akan bertindak menyempitkan saluran-saluran dalam badan kita. Bila dahh sempit, makin banyak laa encik lemak terkumpul. Jadi, badan kita akan akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya dan menjadi gemuk. Whatt ? Gemuk ? Ohh, tidak ! Sapa yang nak jadi gemuk kann ? So, anda-anda semua kena lahh kurangkann minum / makan ais.

  • Badan akan cepat mengah / penat. Nak tahu kenape ? Sebab ais yang kita makan / minum tadi akan memperlahankan fungsi peparu kita untuk menukarkan gas oksigen kepada karbon dioksida. Nak terangkann pasal nie tak pandai. Jadi nak tahu lebih lanjut, sila klik SINI. So, sebab tu aku berpantang ais bila musim sukan. Kalau tak pantang, tercungap-cungap main bola jaring. Tapii, habis sukan aku telan balik ais. Heheee.

Jadi, beringat lahh sebelum terlambat. Jangan makan / minum ais lagi taw ! Minum jeg air panas / suam. Itu lebih baik. :) Selamat beramal !

Sunday, 27 October 2013

TANGGUNGJAWAB ?




Sape rasa diri dia tak da tanggungjawab ? Aku rasa semua ada tanggungjawab memasing. Tak kira la besar or kecik tanggungjawab tu. Sebagai insan biasa sekecil-kecil tanggungjawab adalah tanggungjawab kepada diri kita sendiri. Kena take note ouke. Hmm, banyak tanggungjawab kita nie. Antaranya :

  • Tanggungjawab sebagai seorang hamba ( Tuhan )
Kehidupan di dunia ini bukanlah hanya sebagai insan yang tidak berteraskan atau berpandukan apa-apa panduan. Tapi kita diciptakan dan dilahirkan sebagai insan yang mempunyai agama dan Tuhan. Kehidupan yang sempurna ini atas pemberian Pencipta kita iaitu Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya perlu menurut perintah Allah iaitu solat 5 waktu, beramal soleh, berbuat baik sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Semua yang diberikan Allah sepatutnya sudah menimbulkan rasa tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab untuk menunaikan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

  • Tangggunjawab sebagai pelajar
Pelajar. Jika kita renung kembali sudah hampir 1 dekad kita digelar sebagai pelajar. Semestinya tanggungjawab kita adalah untuk belajar. Jadi, kita perlu menetapkan matlamat untuk terus berjaya sebagai seorang pelajar. So, biler matlamat tercapai, kita berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sempurna. Its easy right ?

  • Tanggungjawab sebagai ahli keluarga
Buat masa nie tanggungjawab aku dalam keluarga adalah sebagai seorang anak. Jadi seorang anak wajib menjaga nama baik keluarganya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa. Even mereka sudah meninggal, sebagai seorang anak, kita masih bertanggungjawab kepada mereka. Jangan pernah buat hati mereka kecewa. 
  • Tanggungjawab sebagai pencinta
Disebabkan Sir ada cakap sebagai pencinta. So, aku tertarik nak ulas isu nie. Haaa, yang nie agak romantik sikit. Memandangkan aku seorang pencinta. Maka, aku rasa tanggungjawab yang penting adalah meluangkan masa dengan si dia. Kalau ada pencinta tapi buat seperti mereka tidak wujud dan biarkan mereka terdampar begitu sahaja, serupa jugak tak payah ada pencinta. Betul tak ? Lepaskan dia jika anda berbuat sedemikian. Jangan penjara hati mereka.


Tuntasnya, kita hidup menumpang di atas muka bumi Pencipta wajib menjalankan tanggungjawab. Tiada siapa yang akan menunjukkan tiap satu tanggungjawab yang kita galas. Tapi ingatlahh tiap perkara yang dilakukan mnerupakan tanggungjawab kita sebagai manusia.

Saturday, 26 October 2013

Life UKM ?


Haa, sekarang nie aku dah hampir 2 bulan kat UKM. Pejam celik pejam celik jeg. Macam baru semalam ayah mak hantar daftar. Huhuu. Maka, dengan itu bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa. Hahaa.

Fisrtly, tak da perasaan sangat punn masuk UKM. Sebab aku target nak masuk UUM. Tapi, rezeki Allah bagi kat sini. Alhamdulilah. :) Diteruskann jugak even buah hati tak da kat sini. Huhuu.

Al-kisah nyer aku dapat laa kat Kolej Ibrahim Yaakub. Tinggi woii. Patut laa nama nyer Highlanders. Daki bukit KIY nie membuatkan naik berat badan. Hahaa. Pelik tapi benar. Aku sendiri tak paham. Mana tak nyer, daki bukit lapar then makan. Turun bukit punn lapar, then makan lagi. Fuhh, makan untuk hidup or hidup untuk makan ? Hmm, apa yang membuatkan aku terus semangat duduk kat kolej nie adalah disebabkan lagu kolej. Mendalam maksud nyer. Sobsobb :'(

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
Tiada puncak terlalu tinggi
Untuk kami terus mandaki
Tiada lurah terlalu dalam
Buat kami tenggelam

Hutan rimba padangnya lalang
DECTAR megah jalannya jauh
Panas terik hujan gerimis
Ayuhlah terus maju

Haram patah hati diri ini
Susah senang kami disini
Kerana terlatihnya diri ini
Untuk bangsa dan negara


Macam-2 aku lalui sepanjang aku menetap disini. Blackout laa, takda air laa. Macam-macam lagilahh. Aku tahu pengalaman nie lahh yang akan aku rindu biler dah tak duduk sini. Aku punn da start join macam-macam program dan aku sedar program nie lahh yang akan membuatkan aku lebih matang dalam menempuh liku-liku hidup sebagai seorang mahasiswa.

Nak story pengalaman manis. Ada ke ? Ada rasa nyer. Tapi tak ada lahh manis sangat. Paling best biler blackout. Satu wing akan menjadi satu group. 1 bilik tidur 10 orang. Pergi makan macam pergi rombongan. Menyanyi akustik sama-sama. Happening habiss. Kegembiraan bersama tak dapat diungkap. Hahaa

Pengalaman pahit pulakk ? Hmm, yang nie dah banyak. Macam-macam adoo. Kena halau dari kelas, kena kacau dengan monyet, room alone forever. Haihh -.-' 

Cara pembelajaran kat sini punn lain. Kita kena pandai gerak sendiri untuk berjaya. Usaha sendiri dan yang penting adalah pembelajaran secara berkumpulan. Tenaga pengajar tidak akan cari kita tetapi kita yang perlu mencari mereka. Jangan mudah lalai dengan dunia luar. Jangan mudah terpengaruh dengan nafsu. Sedar ! Bangun dari mimpi ! Kita tidak lagi 'disuapkan' tapi kita perlu 'menyuap' sendiri. 

Kita mahasiswa, kita bijak memilih yang mana betul atau salah. Wish you all good luck !



Thursday, 24 October 2013

HARAM KE 'COUPLE' ?





"Ohh, sayang intan payung, cakap aje apa yang sayang nak. Lautan api sanggup saya renang"
"Alaaa buchuk-buchuk, jangan laa marah baby"
"U nak tahu nape I sayang kat U ?"
"Sebab U cantik sangat, seperti bulan purnama"

Mesti korang rasa sweet kann kalau dapat couple macam tu. Hahaa. Ayat punn sweet jugak. Tapi pada aku laa kann, menyampah kalau dapat couple yang macam nie. Ayat cliche tu sume. Ntah dah bape banyak dia copy untuk pikat awek. Tu pandangan aku jeg. Heheee. Kalau yang suka tu, suka laa. Semoga anda semua bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah ye.

Hmm, couple ? Apa tu ? Hahaaa. Tak kann laa awak-awak nie semua tak tahu couple tu apa. Budak Tahun 6 punn tahu couple taw. "Awak jum couple dengan saya". Hahaaa. Lawak giler dengar budak-budak cakap macam tu. Tahun 6 kowt. Bayangkan betapa kuat nyer pengaruh sosial terhadap kanak-kanak.

Baiklah, kita cerita dari segi Islam. Adakah benar couple itu haram ? Kita akan dengar pelbagai pendapat dan kita sendiri akan jadi keliru.

Sebenar nyer, tak salah kita hendak menjalinkan hubungan dengan seseorang. Tapi, biarlah berlandaskan niat yang betul. Manusia rambut sama hitam tapi niat di hati lain-lain. Tak tahu kann niat orang.

Apa yang menyebabkan couple itu haram adalah apabila berlaku 5 perkara iaitu :
  • Tidak mempunyai niat yang baik atau sebaliknya
  • Tidak mematuhi syariat agama
  • Menjatuhkan maruah (peribadi) seorang wanita
  • Membazirkan wang kepada perkara tidak wajar
  • Membuang masa kepada perkara yang tidak wajar
Banyak juga hikmah nyer kalau kita tak couple. Biar lahh kita forever alone, tapi segala batas kita terjaga. Hubungan dengan Allah perlu diutamakan kemudian jagalah hubungan dengan kedua ibubapa. Even couple jarak jauh punn, kalau niat hanya untuk mempermainkan, ia akan menjadi dosa ye kawan-kawan.



Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)





Wednesday, 16 October 2013

Ohh ! Dunia tanpa elektrik !

Hyepp ! Yahoo, kita jumpa lagi laa ! Ok, nie tajuk yang diberi oleh Sir Azzwan sebab masa beliau bagi tajuk nie,  kelas Aplikasi Komputer tak dapat dijalankan sebab fakulti tak da elektrik. Kiteorg punn hooray laa, ingatkan tak da kelas, rupa nyer ada.

Sir Azzwan : Aku meninggal atau tak yang menentukan kelas ada atau tak.

See ! Even tak da elektrik atau pape jadik kat fakulti punn, kelas tetap jalan. Betapa semangat nyer Sir nak ajar kiteorg. Hiks. :) 

Hmm, pada aku laa, kalau orang tanye air atau elektrik yang penting. Aku akan jawab air. Tapi sejak aku masuk UKM dan selalu blackout, aku akan jawab elektrik lagi penting.

Terseksa woi biler tak da elektrik. Malam tidur dengan nyamuk, nak jalan kena perlahan-lahan, panas lagi. Fuhh, cukup laa biler aku rasa hampir 28 jam hidup tanpa elektrik. Then, kita pikir balik, nape elektrik penting dalam hidup seharian kita.



Bekalan elektrik

Penting sangat elektrik taw. Sebab apa ? Sebab zaman moden nie, dah macam-macam teknologi yang wujud dan semua teknologi tu menggunakan elektrik. Betul tak ? Kita berhubung menggunakan elektrik jugak. Dah tak da surat menyurat atau gunakan khidmat burung macam dulu. Haa, selain tu, elektrik penting sebab hampir 99% tempat mencari rezeki menggunakan elektrik. 

Ohh elektrik, jangan kau hilang lagi kat Kolej Kediaman. Dah serik tidur bertemankan nyamuk, mandi bertemankan lampu suluh, jalan seperti tanpa hala tuju. Cukuplahh, cukup ! Tapi sebenar nyer best biler tak da elektrik. Sebab banyak kelas yang dibatalkan. Heheee. Hmm, macam-macam impak yang kita akan dapat bila ada atau tak da elektrik nie. Cuma pandangan orang jeg berbeza. Bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Apa yang wanQ nak cakap kat sini, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Nya. Tak semua manusia nasib nyer sama macam kita. Okeyyy ? 



Tuesday, 15 October 2013

HISTERIA



Kali nie tulisan blog wanQ atas permintaan adik wanQ sendiri. Dia nak wanQ citer pasal histeria yang melanda kat sekolah dia. Then dia cakap ada masuk Berita Harian. Ahakss. Lawak laa. Baru masuk surat khabar dah jadik jakun. Heheee. Biasa laa tu.

Hmm, nak citer pasal pengalaman histeria aku nie memang banyak. Bermulanya masa aku tingkatan 1 dan masuk asrama. Fisrt time tengok orang kena histeria. Woahhh, sangat takut sebab tu bukan diri dia. Tapi alhamdulilah sebab ayah wanQ dah bagi nasihat awal-awal berkenaan histeria nie. Ayah cakap jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jangan terlalu leka dan berfikir keadaan tersebut. Teringat kata-kata ayah dan dengan itu digagahkan jugak untuk membantu, tapi hanya mampu membacakan ayat-ayat Al-Quran.

Tapi paling adventure dalam pengalaman histeria nie adalah semasa wanQ bersekolah di Johor Bahru. Pengalaman yang tak boleh dilupakan dan cerita ini banyak wanQ kongsikan kepada adik-adik supaya diaorang bersedia menghadapi apa-apa keadaan histeria jika berlaku di sekolah mereka. 

Hmm, ada satu malam tu, wanQ dengan kawan-kawan wanQ pergi masjid. Nak solat maghrib. Tiba-tiba sorang kawan wanQ nie pengsan. Kelam kabut jadik nyer. Baru jeg nak angkat budak tu, tiba-tiba dia bangun dan muntah. Terkejut ! Hakkk ! :o Biar betul ? Saat tu jugak dia menjerit tapi rasa nyer bukan dia. Suara dia besar giler. Tindakan paling tepat ialah panggil ustaz dan warden. Paling takut bila tengok 'dia' merangkak dan menghentakkan kepala ke lantai. Takut jadi lagi buruk, kami ambil keputusan untuk pegang 'dia'. 14 orang yang pegang sambil membaca ayat suci Al-Quran dan 'dia' mampu bergerak dan menunjukkan reaksi muka yang menakutkan. WanQ tawakal jeg masa pegang 'dia' dan paling sadiss, 'dia' gigit jari wanQ ! Sakit giler kowt. Tak sangka pulak 'dia' boleh menggigit. Then, ustaz ubatkan menggunakan biji lada hitam + garam dan ayat-ayat Al-Quran. Setelah bergelut beberapa minit, alhamdulilah, dengan izin Allah, selamatlah kawan wanQ. Sedih tengok kawan wanQ tu. Badan sangat lemah dan muka sangat pucat.

Ehh, nie na citer pasal histeria wanQ atau histeria adik wanQ ? Hahaaa. Macam nie citer nyer. 50 orang pelajar MRSM Muar kena histeria. 50 orang ? Ramai tu sampai masuk Berita Harian. Tapi nasib baik adik wanQ nie lelaki. Berani la jugak dia sebab cikgu-cikgu suruh balik. Tapi dia tak nak balik. Sayang sekolah lah katakan.

So, jagalah diri masing-masing. Kuatkan pendinding diri dengan cara sendiri. Tapi yang berlandaskan agama dan kepercayaan. Bagi yang beragama Islam, sentiasa mengamalkan diri dengan membaca Al-Mathurat, Surah-surah 4 Qul, Ayat Kursi, Al-Fatihah dan lain-lain. InsyaAllah, diri kita kan dilindungi dari syaitan.



Keratan akhbar tentang histeria



Keadaan mangsa selepas diserang histeria




Monday, 14 October 2013

MEDIA SOSIAL ?



Hyeppp ! Media sosial ea ? Apa tu ? Come on laa, generasi Y lebih arif pasal nie. Betul tak ? Hahaaa. Hmm, nak berhujah kat sini pasal kelebihan dan kelemahan wujud nyer media sosial. Cehh, topik macam karangan SPM.

Mesti citer pasal baik-baik dulu kann. Kelebihan media sosial nie banyak sebenarnya. Cuma kita sebagai pengguna jeg yang nak kena pandai gunakannya. Betul tak ? Kita dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama manusia kalau kita bijak gunakan media sosial nie. Banyak contoh wanQ nak bagi. Tapi wanQ bagi satu jeg laa ea. Ok, contoh 'Facebook' (FB). Kita dapat jumpa balik kawan dari sekolah rendah yang dah berdekad kita tak jumpa. Betul kann ? Kita dapat buat 'reunion', bertukar-tukar cerita dan macam lagi laa. Tapi paling best kalau dapat tahu kawan sebaya kita dah kahwin. Muahahahaaa. Macam lagi kelebihan media sosial nie. So, sama-sama lahh kita gunakan media sosial nie dengan berhemah.




Media sosial menghubungkan kita

Haa, dah pokpek-pokpek pasal kelebihan, kita gi kelemahan media sosial nie pulak. Bila tak pandai guna media sosial nie dengan baik, datanglah banyak kelemahannya kat situ. Nak citer pasal kelemahan nie lah kadang-kadang sakit hati. Sebab nyer, aada jugak terkena kat batang hidung kita sendiri. Haihhh. -.-' Tapi yang menjadi kebimbangan banyak pihak sekarang adalah pengaruh terhadap kanak-kanak. Budak-budak sekarang tak dah yang main guli, main kejar-kejar. Budak-budak sekarang main kat Siber Kafe jeg. Main dota, main PES, main blackshot. Tambah lagi dengan pengaruh untuk mereka melayari internet yang tanpa batasan tu. Jadi, pihak yang bertanggungjawab contohnya ibubapa, perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak.



Keratan akhbar tentang media sosial



Contoh media sosial

Sunday, 13 October 2013

MY INSPIRATION



Sebenarnya dah berkurun lama tugasan untuk tajuk nie Sir Azzwan bagi. Tapi, baru hari nie aku nak post kat dalam blog aku. Hikkss. Rela paksa nak buat blog, macam nie la jadik nyer. Ditambah lagi dengan diri aku yang buta IT nie. Buat dono jeg laa kan. Ishhh. Apa nak jadi laa si wanQ nie.

Thenn, sekarang baru sedar yang aku dah banyak tertinggal. Menyesal sekarang punn tak guna wanQ. Huhuu.

Ok, inspirasi aku ? Hmm, aku tak bape nak kenal dengan blogger-2 nie. Tapi aku terkejut bila tahu Mat Luthfi nie blogger jugak. Hahaaa. Aku ingat dia nie just famous kat youtube jeg. Video dia best sangat. Macam-2 input yang aku dapat dari dia. Even santai, tapi dari segi isi yang nak disampaikan untuk kita mesti sampai. Watlek watpis jaa. 

Setelah puas mencari blog dia, akhirnya jumpa jugak. Ini ke blog nyer ? Haa, betul laa tu. Blog dia punn best jugak. Walaupun merapu, merapu dia ada makna taw. 





Mat Luthfi

Jadikanlah dia nie inspirasi. Banyak input yang kita akan dapat. Merapu dia, merapu berisi. Kalau aku yang merapu, hampehhh -.-'


Dah graduate punn dia nie



HOME SWEET HOME



Haaa, sampai punn rumah. Alhamdulilah :) Cehh, cakap macam baru sampai jeg, padahal dah 2 hari duduk rumah. Rindu mak, rindu ayah, rindu abang-2, rindu adik-2, rindu chitchot. Rindu semua lahh. Then, bila sampai dan dapat jumpa semua, rindu punn terubat. Allah beri kesempatan lagi. Terima kasih Ya Allah. :')

Even dah duduk hostel 5 tahun, aku masih 'homesick' bila jauh dari family. Sebenarnya, saat paling indah dalam dunia nie ialah saat bersama keluarga. So, sayangilah keluarga anda.



Father & Mother

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibubapa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka berdua. 

FAMILY
  • F - Father
  • A - and
  • M - Mother
  • I - I
  • L - Love
  • Y - You

Tuesday, 1 October 2013

WHAT YOU DO IF YOU HAVE A POWER IN THE WORLD ?

IF I HAVE A POWER IN THE WORLD

WHAT IF ?
Aku akan mendamaikan segala peperangan yang berlaku kat dunia nie. Bukan apa, aku sedih tengok orang mati sana sini. Darah melimpah ! Tak takut ke tengok darah and mayat sana sini ? Tak da perasaan ke ? Tapi aku tahu, ada hikmah disebalik apa yang berlaku kat dunia yang fana nie. Allah Maha Adil. Ada balasannya nanti. Itu kalau diberi kuasa, tapi tu semua angan-angan jeg.

WHAT IF ?
Aku akan suruh orang-orang kat dunia nie tanam tumbuhan hijau. Tak kisah la, kecik or besar tumbuhan tu, janji ada tanam. Hahaa. Salah satu sebabnya, sebab aku suka warna hijau. Yeaaahhh \('.')/ Kan cantik pemandangan kalau warna hijau jeg. Lagi satu, warna hijau nie akan mengelakkan mata kita daripada rabun. Haaa, one more thing, kalau tengah belajar or whatever you do and terasa mengantuk, rajin-rajinkan diri tengok ciptaan Tuhan yang berwarna hijau. InsyaAllah, hilang segala pemberat kat mata tu. 

Best kalau ada power kat dunia nie, macam-macam kita boleh buat. Tapi bukan untuk kepentingan kita jeg, fikir untuk orang lain sekali ye ! Selamat beramal ! :)

Its me !

Assalamualaikum. Hello ! Hello !


Rasa berbangga dilahirkan ke dunia ini. Alhamdulilah Allah memberi peluang kepada insan ini untuk merasa nikmat di dunia yang sementara. Hasil perkahwinan antara Wan Ismail Bin Wan Mohamad dan Nandong Binti Mohamed selama 25 tahun, Allah telah mengurniakan mereka berdua 6 orang anak. 4 putera dan 2 puteri. Pada tanggal 21 Januari 1994 (hari Jumaat pagi, sebelum kaum Adam menunaikan solat Jumaat), dengan kudrat dan rasa kasih sayang seorang ibu telah melahirkan salah seorang puterinya. Selama 9 bulan dibawa ke sana-sini tanpa ada rasa penyesalan. Maka, wujudlah Wan Quraisyah Binti Wan Ismail. Macam cerita fairytail la pulakk. 

Kini, aku berada di UKM. First time in my life buat blog taw. Huuahhhh ~^.^~ 

So nak wish, WELCOME TO MY BLOG !