Sesudah berminggu-minggu bertungkus lumus, bergadai masa, mengerah tenaga, finally berjaya satu program yang agak memuaskan dan mendapat pujian dari VVIP dan warga kolej. Kali nie aku berpuas hati, sangat puas walaupun ada kekurangan, tapii disebabkan aku buat semua dari A sampai Z, jadi aku perlu puaskan hati aku sendiri.
Ya, saat aku jatuh, ada masalah, memang mereka tak da kat sini. Tapii aku kena kuat sebab bukan mereka saja yang ada dalam hidup aku. Aku jadi kuat sebab sir, sebab umee, sebab mereka yang masih sayangkan aku. Terima kasih, terima kasih.
Aku teruskan tanggungjawab yang telah diberikan. Aku terima tanggungjawab itu dengan berat hati sebenarnya. Tapii kerana hormat kepada abg adib, aku cuba yang terbaik.
Walaupun berlaku ketidakadilan dalam program ni, tapii tak pe. Aku terima. Sakit. Sangat sakit. Mereka yang tak berfunction diberi penghargaan, tapii aku ? Mereka yang bertungkus lumus ? Adakah hanya sampah segala usaha yang kami lakukan ? Bukan nak mengungkit, tapii itu aku jadikan sebagai pengajaran dalam hidup aku. 'Kita tak boleh puaskan hati semua orang'. Tapii kita kena jaga hati orang.
Benda dah jadik. Aku hanya ikut jalan cerita. Sakit tak sakit, aku hadap. Itu lumrah. Lumrah kehidupan. Aku hanya boleh memerhati. Aku tak layak untuk buat apa2.
Lastly, dinner berjalan as we plan. Alhamdulilah. Lepas nie fokus untuk study. InsyaAllah. Terima kasih sir terima undangan. 😍😍😍


No comments:
Post a Comment