Wednesday, 27 November 2013

KAHWIN MUDA



Assalamualaikum. Selamat pagi !

Kahwin muda adalah tajuk untuk tema kita pada kali nie ye. Siapa yang tak nak kahwin ? Aku rasa majoriti ramai yang nak kahwin termasuk lahh aku. Heheee. Cuma yang membezakan kita adalah cepat atau lambat perkahwinan kita tu. Pada aku lahh kann, kalau diberi pilihan aku nak kahwin tak nak cepat sangat dan tak nak lambat sangat. Umur dalam 25 tahun tu dah kira nice kowt. Untuk perempuan laa. Hehee.

Tapii awak-awak semua kena ingat ajal maut jodoh ditangan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berdoa. Sentiasa ingat lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulahh sebaliknya.

Kadang-kadang orang yang kahwin muda nie cakap bagus kahwin awal-awal sebab dapat mengelakkan daripada berlaku maksiat. Ya, memang betul tu. Tapii pada aku, kalau kahwin terlalu awal, kita akan rugi. Rugi sebab kita tak merasa zaman bujang kita. Heheee. Tu pada pendapat aku laa kann. 

Hmm, tapii ada banyak hikmah nyer kalau kahwin muda nie. Nak tahu lebih lanjut ? Sila klik SINI. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang baik kepada hamba-Nya. Tugas kita sekarang adalah berdoa agar ditemukan jodoh yang sempurna dan sekufu dengan kita. Aminn :')



No comments:

Post a Comment