Sunday, 27 October 2013

TANGGUNGJAWAB ?




Sape rasa diri dia tak da tanggungjawab ? Aku rasa semua ada tanggungjawab memasing. Tak kira la besar or kecik tanggungjawab tu. Sebagai insan biasa sekecil-kecil tanggungjawab adalah tanggungjawab kepada diri kita sendiri. Kena take note ouke. Hmm, banyak tanggungjawab kita nie. Antaranya :

  • Tanggungjawab sebagai seorang hamba ( Tuhan )
Kehidupan di dunia ini bukanlah hanya sebagai insan yang tidak berteraskan atau berpandukan apa-apa panduan. Tapi kita diciptakan dan dilahirkan sebagai insan yang mempunyai agama dan Tuhan. Kehidupan yang sempurna ini atas pemberian Pencipta kita iaitu Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hanya perlu menurut perintah Allah iaitu solat 5 waktu, beramal soleh, berbuat baik sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Semua yang diberikan Allah sepatutnya sudah menimbulkan rasa tanggungjawab sebagai hamba. Tanggungjawab untuk menunaikan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

  • Tangggunjawab sebagai pelajar
Pelajar. Jika kita renung kembali sudah hampir 1 dekad kita digelar sebagai pelajar. Semestinya tanggungjawab kita adalah untuk belajar. Jadi, kita perlu menetapkan matlamat untuk terus berjaya sebagai seorang pelajar. So, biler matlamat tercapai, kita berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dengan sempurna. Its easy right ?

  • Tanggungjawab sebagai ahli keluarga
Buat masa nie tanggungjawab aku dalam keluarga adalah sebagai seorang anak. Jadi seorang anak wajib menjaga nama baik keluarganya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa. Even mereka sudah meninggal, sebagai seorang anak, kita masih bertanggungjawab kepada mereka. Jangan pernah buat hati mereka kecewa. 
  • Tanggungjawab sebagai pencinta
Disebabkan Sir ada cakap sebagai pencinta. So, aku tertarik nak ulas isu nie. Haaa, yang nie agak romantik sikit. Memandangkan aku seorang pencinta. Maka, aku rasa tanggungjawab yang penting adalah meluangkan masa dengan si dia. Kalau ada pencinta tapi buat seperti mereka tidak wujud dan biarkan mereka terdampar begitu sahaja, serupa jugak tak payah ada pencinta. Betul tak ? Lepaskan dia jika anda berbuat sedemikian. Jangan penjara hati mereka.


Tuntasnya, kita hidup menumpang di atas muka bumi Pencipta wajib menjalankan tanggungjawab. Tiada siapa yang akan menunjukkan tiap satu tanggungjawab yang kita galas. Tapi ingatlahh tiap perkara yang dilakukan mnerupakan tanggungjawab kita sebagai manusia.

No comments:

Post a Comment