Saturday, 24 May 2014

SALAH AKU

Azan maghrib dah berkumandang. Aku masih terbaring. Mengenang salah aku dari awal. Ya, memang salah aku. Aku terlalu caring, aku terlalu risau. Salah aku sampai salah paham dan benda nie terjadi. Kalau aku diberi peluang untuk undur balik masa, aku tak akan buat. Tapii masa tak boleh kembali dan aku. Aku terpaksa teruskan.

Langkah aku untuk caring membawa erti yang salah. Akhirnya, aku sendiri sakit. Bila aku sakit hati, bila aku marah, aku hilang punca. Kenapa ? Aku punn tak tahu. 

Berkali aku cakap aku tak boleh terima, aku tak nak. Tapii aku dipaksa untuk menerima. Hati aku dahh mati. Dahh lama mati untuk mencintai seorang insan bernama lelaki. Aku tak boleh terima. Apa lagi aku nak buat ? Aku mulakan langkah untuk kau benci aku. Biar kau benci aku daripada hati kau sakit bila aku tinggalkan kau macam tu. Biar kau fikir perangai aku buruk, biar kau fikir aku seorang yang tak mengenang budi. Biar biar kann. Mungkin itu lebih baik.

Maaf. Aku sanggup kau taburkan sikap buruk aku kat mereka. Aku tak mampu berfikir dan itu adalah jalan terbaik. Aku harap kau tinggalkan aku. Lupakan aku. Salah aku. Aku salah langkah. Aku silap. Aku bodoh. Maaf. Aku tak boleh terima kau. Jangan paksa aku. Tolong pergi. 

Friday, 23 May 2014

DINNER

Sesudah berminggu-minggu bertungkus lumus, bergadai masa, mengerah tenaga, finally berjaya satu program yang agak memuaskan dan mendapat pujian dari VVIP dan warga kolej. Kali nie aku berpuas hati, sangat puas walaupun ada kekurangan, tapii disebabkan aku buat semua dari A sampai Z, jadi aku perlu puaskan hati aku sendiri.

Ya, saat aku jatuh, ada masalah, memang mereka tak da kat sini. Tapii aku kena kuat sebab bukan mereka saja yang ada dalam hidup aku. Aku jadi kuat sebab sir, sebab umee, sebab mereka yang masih sayangkan aku. Terima kasih, terima kasih.

Aku teruskan tanggungjawab yang telah diberikan. Aku terima tanggungjawab itu dengan berat hati sebenarnya. Tapii kerana hormat kepada abg adib, aku cuba yang terbaik.

Walaupun berlaku ketidakadilan dalam program ni, tapii tak pe. Aku terima. Sakit. Sangat sakit. Mereka yang tak berfunction diberi penghargaan, tapii aku ? Mereka yang bertungkus lumus ? Adakah hanya sampah segala usaha yang kami lakukan ? Bukan nak mengungkit, tapii itu aku jadikan sebagai pengajaran dalam hidup aku. 'Kita tak boleh puaskan hati semua orang'. Tapii kita kena jaga hati orang.

Benda dah jadik. Aku hanya ikut jalan cerita. Sakit tak sakit, aku hadap. Itu lumrah. Lumrah kehidupan. Aku hanya boleh memerhati. Aku tak layak untuk buat apa2.

Lastly, dinner berjalan as we plan. Alhamdulilah. Lepas nie fokus untuk study. InsyaAllah. Terima kasih sir terima undangan. 😍😍😍



Tuesday, 13 May 2014

Dunia Kejam

Kehidupan atas muka bumi ni Allah yang tentukan. Bila Dia kata 'kun fa ya kun' maka jadilahh. Memang Allah dah atur segala kehidupan kita. Adakala kita dibawah, adakala kita diatas. Adakala kita menang, adakala kita kalah. Adat kehidupan di atas muka bumi ini.

Lepas satu masalah selesai, jadi lagi masalah lain. Ya, hidup aku penuh masalah. Mungkin aku belum muhasabah diri. Mungkin memang salah aku. Aku bodoh. Aku salah. Aku jahat. Aku yang buat masalah. Semuanya aku. Dyorg yang betul. Dyorg yang baik. Semua yang baik dari dyorg. Apa aku boleh buat ? Terima semua dengan hati yang penuh dendam. Terima semua dengan hati yang penuh kebencian ? Apa aku bole buat ? Maaf kann saja ? Aku dah buat tu. Aku dah maafkann begitu saja. Tapii apa aku dapat ? Palat dari mereka yang dusta yang aku dapat. Lakonan seakan-akan baik dari mereka.

Kadang menyesal jugak aku masuk dalam nie. Aku terlalu pandang tinggi terhadap mereka. Aku terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada mereka. Akhirnya ? Saat aku jatuh tersungkur, siapa yang bantu aku ? Orang lain. Orang luar yang tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan. Orang yang tidak menjanjikan apa-apa untuk perhubungan. Aku tolong kau. Aku lakukan semua untuk kau. Aku buat semua untuk kau. Tapii, apa yang kau balas ? Caci maki, kutuk mengutuk, muka macam tahi yang kau bagi. Aku tak mengharapkan balasan dari kau. Cukup kau paham apa tujuan kita masuk dalam ni. Bantuan dari kau ? Memang tak pernah aku terima. Aku bukan nak mengukit, tapii kesakitan, kesan kat hati ni yang buat aku rasa macam kau mintak dimaki dan sebagainya.

Aku bukan lahh insan yang sempurna. Tapii aku cuba menjaga hati korang. Tapii bila difikirkann balik, hati aku tak da yang jaga. Aku sorang. Puas cuba memuaskan hati kau, tapii kau yang tak cuba puaskan hati kau sendiri. Malah kau salahkann aku. Sedihh. Aku tak kuat. Aku cuba bangun untuk mereka yang aku sayang. Erti kuat dahh lama hilang. Aku senyum, tapii hati aku nangis untuk sekian lamanya. Dann hari ini, hati aku mati. Mati mungkin untuk selamanya. Senyuman dan gelak tawa hanya untuk lakonan.

Maaf. Maaf. Maaf. Aku tak kuat.

Dunia ini kejam. Sangat ( Sir Azzwan, 2014 )