Saturday, 24 May 2014

SALAH AKU

Azan maghrib dah berkumandang. Aku masih terbaring. Mengenang salah aku dari awal. Ya, memang salah aku. Aku terlalu caring, aku terlalu risau. Salah aku sampai salah paham dan benda nie terjadi. Kalau aku diberi peluang untuk undur balik masa, aku tak akan buat. Tapii masa tak boleh kembali dan aku. Aku terpaksa teruskan.

Langkah aku untuk caring membawa erti yang salah. Akhirnya, aku sendiri sakit. Bila aku sakit hati, bila aku marah, aku hilang punca. Kenapa ? Aku punn tak tahu. 

Berkali aku cakap aku tak boleh terima, aku tak nak. Tapii aku dipaksa untuk menerima. Hati aku dahh mati. Dahh lama mati untuk mencintai seorang insan bernama lelaki. Aku tak boleh terima. Apa lagi aku nak buat ? Aku mulakan langkah untuk kau benci aku. Biar kau benci aku daripada hati kau sakit bila aku tinggalkan kau macam tu. Biar kau fikir perangai aku buruk, biar kau fikir aku seorang yang tak mengenang budi. Biar biar kann. Mungkin itu lebih baik.

Maaf. Aku sanggup kau taburkan sikap buruk aku kat mereka. Aku tak mampu berfikir dan itu adalah jalan terbaik. Aku harap kau tinggalkan aku. Lupakan aku. Salah aku. Aku salah langkah. Aku silap. Aku bodoh. Maaf. Aku tak boleh terima kau. Jangan paksa aku. Tolong pergi. 

Friday, 23 May 2014

DINNER

Sesudah berminggu-minggu bertungkus lumus, bergadai masa, mengerah tenaga, finally berjaya satu program yang agak memuaskan dan mendapat pujian dari VVIP dan warga kolej. Kali nie aku berpuas hati, sangat puas walaupun ada kekurangan, tapii disebabkan aku buat semua dari A sampai Z, jadi aku perlu puaskan hati aku sendiri.

Ya, saat aku jatuh, ada masalah, memang mereka tak da kat sini. Tapii aku kena kuat sebab bukan mereka saja yang ada dalam hidup aku. Aku jadi kuat sebab sir, sebab umee, sebab mereka yang masih sayangkan aku. Terima kasih, terima kasih.

Aku teruskan tanggungjawab yang telah diberikan. Aku terima tanggungjawab itu dengan berat hati sebenarnya. Tapii kerana hormat kepada abg adib, aku cuba yang terbaik.

Walaupun berlaku ketidakadilan dalam program ni, tapii tak pe. Aku terima. Sakit. Sangat sakit. Mereka yang tak berfunction diberi penghargaan, tapii aku ? Mereka yang bertungkus lumus ? Adakah hanya sampah segala usaha yang kami lakukan ? Bukan nak mengungkit, tapii itu aku jadikan sebagai pengajaran dalam hidup aku. 'Kita tak boleh puaskan hati semua orang'. Tapii kita kena jaga hati orang.

Benda dah jadik. Aku hanya ikut jalan cerita. Sakit tak sakit, aku hadap. Itu lumrah. Lumrah kehidupan. Aku hanya boleh memerhati. Aku tak layak untuk buat apa2.

Lastly, dinner berjalan as we plan. Alhamdulilah. Lepas nie fokus untuk study. InsyaAllah. Terima kasih sir terima undangan. 😍😍😍



Tuesday, 13 May 2014

Dunia Kejam

Kehidupan atas muka bumi ni Allah yang tentukan. Bila Dia kata 'kun fa ya kun' maka jadilahh. Memang Allah dah atur segala kehidupan kita. Adakala kita dibawah, adakala kita diatas. Adakala kita menang, adakala kita kalah. Adat kehidupan di atas muka bumi ini.

Lepas satu masalah selesai, jadi lagi masalah lain. Ya, hidup aku penuh masalah. Mungkin aku belum muhasabah diri. Mungkin memang salah aku. Aku bodoh. Aku salah. Aku jahat. Aku yang buat masalah. Semuanya aku. Dyorg yang betul. Dyorg yang baik. Semua yang baik dari dyorg. Apa aku boleh buat ? Terima semua dengan hati yang penuh dendam. Terima semua dengan hati yang penuh kebencian ? Apa aku bole buat ? Maaf kann saja ? Aku dah buat tu. Aku dah maafkann begitu saja. Tapii apa aku dapat ? Palat dari mereka yang dusta yang aku dapat. Lakonan seakan-akan baik dari mereka.

Kadang menyesal jugak aku masuk dalam nie. Aku terlalu pandang tinggi terhadap mereka. Aku terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada mereka. Akhirnya ? Saat aku jatuh tersungkur, siapa yang bantu aku ? Orang lain. Orang luar yang tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan. Orang yang tidak menjanjikan apa-apa untuk perhubungan. Aku tolong kau. Aku lakukan semua untuk kau. Aku buat semua untuk kau. Tapii, apa yang kau balas ? Caci maki, kutuk mengutuk, muka macam tahi yang kau bagi. Aku tak mengharapkan balasan dari kau. Cukup kau paham apa tujuan kita masuk dalam ni. Bantuan dari kau ? Memang tak pernah aku terima. Aku bukan nak mengukit, tapii kesakitan, kesan kat hati ni yang buat aku rasa macam kau mintak dimaki dan sebagainya.

Aku bukan lahh insan yang sempurna. Tapii aku cuba menjaga hati korang. Tapii bila difikirkann balik, hati aku tak da yang jaga. Aku sorang. Puas cuba memuaskan hati kau, tapii kau yang tak cuba puaskan hati kau sendiri. Malah kau salahkann aku. Sedihh. Aku tak kuat. Aku cuba bangun untuk mereka yang aku sayang. Erti kuat dahh lama hilang. Aku senyum, tapii hati aku nangis untuk sekian lamanya. Dann hari ini, hati aku mati. Mati mungkin untuk selamanya. Senyuman dan gelak tawa hanya untuk lakonan.

Maaf. Maaf. Maaf. Aku tak kuat.

Dunia ini kejam. Sangat ( Sir Azzwan, 2014 )

Tuesday, 1 April 2014

MOVE ON !

Hai ! Yeahhh !

Dah bertahun lama rasa nyer tak tulis blog. Dok meneman budak sorang nie buat blog tetibe aku punn rasa nak update blog. Kuikuikui.

Topik sangat besar hari nie. MOVE ON ! Yeahhh ! Move on dari segala nyer. Sir kena move on, Aini kena move on. Semua kena move on laa senang kata.

Aku dah berjaya move on dari satu perkara yang aku rasa Aini tak move on lagi. Kuikuikui. Come on Aini ! Dia bahagia atas penderitaan kau kowt. Kau kena sedar tu. Kau sendiri nampak dia bahagia dengan orang lain and kau ? Terseksa ! Makan muntah, tidur tak lena, hati sakit. See ! Come on ! Get your real life. Jangan bagi orang bahagaia atas penderitaan kau. Move on Aini ! Kami ada untuk kau ! Sobss :')

Then nak cakap move on kat sir. Kuikuikui. Move on sir. Nanti makin menjadi kalau sir tak move on. Hahahahaa. Macam dah besar sangat aku nie kann nak bagi nasihat kat orang yang lebih tua. Haahahaa. Sabar sir ea. Takpe, hari nie hari sir untuk move on.

Ynag penting aku nak cakap, biar sejuta orang membenci kita, tapii kita tahu realiti hidup kita. Move on ! Jangan tersekat kat tengah jalan. Get your real life ! Get your real life !

Biar orang nak kata apa, yang penting kita tahu apa kita buat. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Itu realiti. Yess, that's true. Move on dari hidup yang menyesakkan. :')

Monday, 17 February 2014

Selamat Datang Sem II

Assalamualaikum. 

Dah lama tak update blog nie. Habis berhabuk semua nyer. Officially masuk sem 2 dahh. Umur pun dah meningkat dewasa. Nama jeg cuti sem, tapi sebenar nyer KIY nie dah jadik macam rumah kedua. Sekejap ada kat sini, sekejap tak da. Sibuk apa punn aku tak tahu.

Biler dah masuk sem 2 nie, mesti dah keluar result sem 1. Sedihh yang amat. Hiba, takut, menyesal semua ada. Sampai nak check result punn takut. Tapii biler difikir balik, sampai biler takut nak check result. Tak memuaskan hati tapii Alhamdulilah. Allah bagi setimpal dengan usaha kita. Sedar kesalahan sendiri. Maaf sir. Saya tak berjaya dapat A. 'Tu laa, memain lagi', kak iema cakap. Hmm -.-''

Biler dah jadik pemegang biasiswa JPA, usaha kena banyak lagi. Jangan salahgunakan duit rakyat. Tebus balik kesalahan pada sem 1. Bak kata pepatah dah terhantuk baru nak terngadah. 

Buat sir, terima kasih atas segala jasa sir. Terima kasih atas tunjuk ajar sir. Terima kasih atas segala perngorbanan sir. Terima kasih atas segala nyer sir. Maaf tak buat yang terbaik untuk paper Aplikasi Komputer. Semoga berjaya untuk persediaan PhD. Chaiyok sir ! 

Rindu kelas s4. Rindu nak dengar telatah mengarut sir. Semoga segala memori bersama s4 tersimpan rapi sebagai kenangan.

Selamat datang sem II. Terima kasih segala nyer sir.

Selamat Malam :)

Wednesday, 1 January 2014

HELLO 2014 !

Assalamualaikum ! Hye hye !

2013 telah punn melabuhkann tirai. 2014 dah punn menjelma. Tahun baru disambut dengan bergelumang bersama nota-2 nak exam. Tapii aku tak kisah punn nak sambut cemane. Hahaa. Kalau sambut betul-2 punn bukan dapat apa. Dapat tengok bunga api ? Hahahaa. Dah bosan asyik bunga api jeg. 

Apa yang boleh aku ringkaskann kehidupan aku tahun 2013 nie adalah 'sakit'. 'Sakit' cemane ? Hmm, tak tahu nak luahkann cemane sebab aku nie bukan jenis yang pencerita. Hanya diam itu lahh cara terbaik bagi aku. Tapii sejak aku ada blog nie, ada jugak laa aku luahkann kat blog. Heheee.

Apa yang penting aku nak sampaikann ialah buat segala kejadian yang berlaku pada tahun 2013 sebagai pengajaran. Bukan untuk aku sahaja tapii untuk kawan-2 yang lain jugak. Tak salahkann kalau kongsi pengalaman. 'Sharing is caring'. Sedihh kalau nak ceritakann saat suka dan duka aku tahun 2013 nie. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikann sempadan.

Dari seorang pelajar Matrikulasi, menjadi pekerja sambilan dan akhir nyer aku seorang mahasiswi UKM. Dalam masa setahun aku belajar terlalu banyak perkara dalam 3 keadaan yang berbeza. Tentang kehidupan, tentang kawan, tentang percintaan dan macam-2 lagi. 

Jadi, 2013 dahh pun hilang, muncul 2014. Azam yang tak tertunai pada 2013 dibawa ke 2014. Jadikan buku 2013 asas kehidupan kepada buku 2014. Apa yang aku harapkann, aku kuat, kuat untuk menempuh hari-2 di UKM. Semoga aku berjaya berbakti kepada mak dan ayah. Semoga aku dapat apa yang aku target. Semoga Allah meredhai perjalanan kehidupan aku. Hilang lahh umur belasan aku dan aku melangkah ke umur puluhan. Bismillah :')

Sekian :)


Monday, 23 December 2013

STUDY WEEK !

Assalamualaikum.Hyepp ! :)

Macam happy jeg kann. Haa, rasa macam hilang satu beban bila dah balik rumah. Andd sekarang kena fokus pada peperiksaan. Ya, exam is around the corner k ! Watch out guys !

So, study week nie laa masa nyer untuk kita cover balik apa yang tertinggal-2 masa belajar dulu-2. Tapii kena kejar laju laa. Kalau tak, memang tertinggal terus laa. Hahaaha. Apa-2 punn, minggu terakhir macam nie laaa kan jadik memacam yang kita tak nak. Tapii, kita kena berdoa agar dipermudah kann segala urusan kita pada saat-2 akhir nie.

Jaga kesihatan, jaga keselamatan dann jaga segala-2 nyer laa senang cakap. Kayy ? Jangan mudah terpedaya dengan hasutan duniawi ye. Fokus-2 exam ! Sir punn nampak nyer sedang sibuk menanda segala assignment kita yer. Hahaaa. Pensyarah yang lain dah 'merdeka'. Bak kata mereka laa, tapii aku yakin, tiada istilah merdeka bagi sir. Sebab apa ? Sebab kita belum exam paper Aplikasi Komputer dan sir perlu tanda assignment kita semua. So,korang semua jangan ingat study week nie masa untuk korang melagha ye. Sir berusaha yang terbaik untuk kita, dan kita perlu berusaha lagi, lagi dan lagi baik untuk mendapat keputusan yang terbaik untuk sir. 

So, good luck semua ! Chaiyok ! Berusaha sekarang, tawakal nanti, berdoa selalu. :)

Sekian. Renung-2 kann dan selamat beramal.


Friday, 20 December 2013

Ohh My s4 !

Selamat malam dan salam Jumaat.

Malam nie nak citer sedih-2 jeg. Apa yang aku rasa sekarang ? Zero ! Salah aku sebab tak pandai susun masa. Dan sekarang dah jadik macam nie, aku punn tak tahu nak buat apa. Hanya sesi luahan hati di blog jeg. 

Sedihh jugak sebab akan meninggalkan satu kelas Aplikasi Komputer yang diajar oleh seorang pensyarah yang sangat berdedikasi. Seorang pensyarah yang sentiasa ada masa untuk pelajar nyer, yang sentiasa ada saat susah dan senang, yang sentiasa ada untuk menyelesaikann masalah.

Rasa gembira sangat dapat masuk kelas s4 nie. Semua nyer dalam keadaan yang teratur. Sir pandai membuat perancangan untuk pelajar nyer. Setiap yang tindakan dilakukan ada sebab nyer. Ada perincian dalam setiap tindakan nyer.

Cuma sejak kebelakangan nie aku selalu masuk lambat biler kelas sir. Maaf ya sir. Hehee. Keadaan sebegini menyebabkann saya tidak dapat mengurus kann masa dengan baik. Disini juga saya ingin memohon maaf kepada sir Azzwan seandai nyer saya ada menguris perasan atau hati dengan kata-2 saya. Dengan harapan sir baca entri nie.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sir Azzwan atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perkenalan antara saya dan sir. Saya rasa sangat bertuah dapat bersama sir dalam kelas s4 ini. Sekira nyer umur panjang, dapat lahh kita bertemu kembali. 

Semoga sir dapat kejayaan di negara orang kelak. Jangan lupa kann saya disini apabila sudah menjejak kann kaki ke negara orang. Hanya doa dari saya yang akan mengiringi sir sepanjang sir berada di sana. InsyaALLAH. Semoga sir mendapat umur yang diberkati oleh ALLAH sepanjang kehidupan sir di negara orang. Tiada perkataan lain selain RINDU yang akan saya sebut apabila sir sudah tiada di Malaysia nanti. Apa yang saya harapkann sir akan pulang ke tanah air apabila kelas s4 sudah sampai masa untuk memegang segulung IJAZAH SARJANA MUDA kelak. Doakan juga kejayaan kami disini. 

InsyaALLAH, jika ada kelapangan masa, saya akan terus menulis di dalam blog ini. Saya mohon maaf atas kerja sambil lewa yang saya lakukan. Mohon maaf atas segala perlakuan yang tidak menyenang kann hati sir. Terima kasih atas kesemua nyer sir. Terima kasih kerana meluang kann masa bersama hanya untuk mendengar masalah kecik saya. Halal kann segala ilmu yang telah sir curahkann kepada saya.

Sekian untuk kesekian kali nyer. Sayang s4 ! :*

MENTAL BREAK DOWN

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Apa yang aku rasa sekarang ? Tak da semangat dalam diri aku nie lagi. Cuma nak mak ayah berada disisi jeg buat masa nie. Mungkin terlalu penat dan dalam keadaan aku yang macam nie. Berserah kepada Allah untuk tentu kann semua nyer. Aku ? Bersabar, tabah dan sebagai nyer.

Dalam saat ini, aku tak rasa kepuasan untuk meluahkan perasaan. Ya, dulu kalau mak ayah tak da dengan aku, aku boleh kongsi dengan rumate. Tapii, sekarang ? Maaf sir jika sir ada baca blog nie. Entry nie hanya untuk meluahkann apa yang terpendam.

Jenis aku, aku susah nak kongsi masalah dengan orang lain. Aku tak nak susah kann orang lain dengan masalah remeh-temeh aku nie. Dalam saat genting, exam dah nak dekat, nak jalankann program dan macam-2 masalah lagi.

Ya, aku tak kuat sebenar nyer. Tapii aku cuba untuk tutup kelemahan aku nie. Simpan segala masalah dengan harapan dia sedar akan kesalahan dia sendiri. Aku tak suka cakap kelemahan orang sebab aku sendiri ada kelemahan.

Sekarang cuma perlu sedar peperiksaan hampir tiba dan kau perlu lakukan yang terbaik dalam peperiksaan nie wann ! Jangan disebabkann bende kecik nie kau nak down sampai exam. Apa yang perlu ada dalam fikiran kau hanya peperiksaan. Ingat wann !

Ya, aku tengah down sekarang nie. Perlukann masa untuk bangkit kembali. Balik rumah untuk rehat dan datang kembali dengan semangat baru. Salah satu cara untuk mengajar aku lebih kuat mungkin. Kuat dengan segala cabaran yang diberi.

Sekian.

Thursday, 19 December 2013

LAB TEST 2 :)

Hyepp ! Jumpa lagi eak. Salam kesejukan dari Highlanders.

Aku cuma nak berkongsi pengalaman masa LAB TEST 2. Kebetulan pada hari tujugak program 'Cancer Awareness' aku berjalan. Jadi kat situ, kelam kabut sikit. Aku laa kelam kabut. Nak buat program lagi, nak g ujian komputer dan petang tu jugak, aku ada pembentangan. OMG ! OMG !

Sume nyer jadik serba tak kena. 3 hari berturut-turut aku tido pukul 4 pagi. Haihh, mata punn dah jadik macam apa ntah. Sampai masuk ujian punn aku datang lambat. Maaf ye sir. Aku berusaha untuk siapkann ujian tu secepat yang mungkin dengan harapan dapat keluar untuk pergi ke tempat program. Dah laa masuk lambat, keluar nak awal. Tak malu betul aku nie kann. Hahahaa. Siyez aku cakap, aku target nak buat ujian tu juz 1 jam 30 minit jeg. Apakah kebangangngang aku nie. Kau ingat ujian tu senang ke quraisyah ?

Buat punyer buat, dapat laa siap lebih kurang masa yang ditarget. Thenn, berlaku laa satu situasi yang membuatkann aku terpana seketika dan buat aku rasa bersalah giler. Aku punn membatalkann hasrat untuk keluar awal dan duduk kembali untuk semak balik ujian dan touch up apa yang tak kena.

Ya, aku sedar itu. Dah laa masuklambat, keluar cepat. Kau ingat kau dah buat cukup bagus ke ? Aku terfikir kembali, program hanya akan berjalan begitu sahaja tapii markah ujian nie akan mempengaruhi gred akhir aku nanti. Jadi mana satu yang aku perlu buat dengan terbaik ? Ya, semesti nyer ujian aku.

Hari tu jugak merupakan hari terakhir kelas Aplikasi Komputer Sir Azzwan. :') Haihh, wan wannn. -.-''

Jadi kita sebagai mahasiswa atau mahasiswi perlu bijak berfikir yang mana satu mendatangkann kepentingan kepada diri kita sendiri. Berfikir lahh secara rasional.

Sekian sahaja. Selamat beramal. :)

PENUTUP SUKEM !

Assalamualaikum dan selamat petang.

Cuaca agak mendung petang nie. Terasa dipanggil untuk tidur. Tapii, perjuangan belum sampai ke titik akhir. Aku terus kann dengan menaip entri baru. Kali nie aku nak cerita pasal hari penutup SUKEM.

Aku hanya dapat mengumpul satu pingat jeg. Pingat perak dalam sukan hoki. First time aku main hoki,dahh bole menang. Hahahaa. Alhamdulilah :)

Masa penutup SUKEM nie,aku masuk perbarisan untuk mewakili kolej aku yang tercinta. Hahaa. Kami ada masalah kekurangan peserta dan setelah beberapa hari berlatih untuk melakukan formasi tarian, alhamdulilah, kolej kami mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan nie. Ok laa tu, dari tak dapat tempat langsung. Betul tak ? Hahaaa

Rasa penat lelah abang-2 dan kakak-2 senior yang turun dan sokong kami terbalas dengan kemenangan tersebut. Kami membawa tema hitam kuning dan gorilla adalah maskot kami. Maskot paling famous malam tu adalah maskot kami. :) 

Disini terjalin nyer ukhwah antara rakan-2 satu batch dan jugak senior-2. Sebenar nyer, perbarisan ini adalah bertujuan untuk melihat perpaduan batch setiap tahun. Kalau tak ramai yang turun, makna nyer pelajar batch tersebut kurang semangat kekolejan dan kita tidak dapat kenal antara satu sama lain. Melalui aktiviti sebegini lahh sebenar nyer kita dapat kenal lebih rapat dan menambah kenalan kita di kolej ini.

Dosa pahala ditentukan ALLAH. Kita bukan sesiapa untuk menentukan pahala dan dosa seseorang. Jadi siapa lahh kita untuk menilai perbarisan SUKEM ini adalah satu dosa. Bukan mahu membuka aib orang, cuma ingin luahkan rasa terkilan atas tindakan segelintir insan yang bergelar Mahasiswa yang tidak bijak berfikir.

Sekian dari Q. Renung-2 kann dan selamat beramal. :)






Monday, 16 December 2013

11 / 12 / 2013

Assalamualaikum dan salam maghrib :)

Tetiba dapat ilham untuk menaip waktu-2 macam nie untuk penuh kann entri dalam blog aku. Hmm, aku nak cerita pasal tarikh keramat nie. Nombor dah lawa, 11 12 13 pulakk tu, tapii, apa yang jadik kat aku tak lawa pulak. Huhuhuu. Bersabar laa nak. -.-''

Aku akui jugak memang salah aku sebab tak bertindak awal dan suka buat kerja 'last minute'. Nie laa padah nyer. Kena kat batang hidung sendiri akhir nyer dan aku pasrah. :')

Tarikh nie sebenar nyer adalah tarikh sesi pembentangan untuk subjek Aplikasi Komputer. Subjek yang Sir Azzwan ajar laa. Hahaaa. Buat kerja last-2, then tunjuk punn last-2 so nak edit punn last-2 jugak. Sume nyer last-2 laa senang citer. At last aku tak tido satu hari konon nyer nak edit video yang mungkin boleh menyelamatkan kumpulan aku. Tapii, lepas Subuh, tertido pulakk then bangun lambat untuk pergi sesi pembentangan. 

Sampai jeg kelas, terus kena tahan. Sebab datang lambat. Aptb si Wan nie. -.-'' Dah laa aku pinjam laptop umee. Kesian umee kena tunggu aku. Hahaaa. Di-pendek-kan cerita, aku punyer pembentangan macam haremm. Tu laa hasil kerja last minute. Sume nyer ada 'last minute'. Dan pengajaran yang aku belajar pada hari dan tarikh yang lawa nie ialah JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE ! REMEMBER IT !

Sekian dari aku. Renung-renungkann dan selamat beramal :')

DULU KAWAN SEKARANG LAWAN

Assalamualaikum dan selamat pagi-pagi :)

Asyik selamat pagi-pagi jeg aku nie kann. Hahaaa. Nie jeg masa yang ada untuk aku tulis entry terbaru. Sibuk memanjang. Sibuk apa punn aku tak tahu laa -.-'' Hmm, kali nie entry aku nak cerita pasal sorang kawan aku nie.

Dulu kawan sekarang lawan. Sebab apa ? Sebab dulu satu team, pakai jersi satu warna, pakai bip satu warna. Dann sekarang, bukan lagi team yang sama, bukan lagi jersi yang sama, bukan lagi bip yang sama. Sedihh, memang aku sedihh. Sebab apa ? Sebab masa game netball hari tu, team aku bertemu dengan team si ume yana nie. Terkejut aku.

Aku bermain dalam posisi 'defender' dan ume pulak dalam posisi 'attacker'. Masa satu team dulu, aku jarang 'defend' dia. Aku punn tahu kelemahan dia, dan dia punn tahu kelemahan aku. Masa kat UKM nie, kami sama-2 pegang jawatan sebagai pengurus bola jaring. KPZ vs KIY. Haihh, sebelum game tu, hati aku bercampur baur. 

Tapii rezeki bukan berpihak pada aku. Kemenangan bagi ume yana. Hahaa. Tahniah buat ume yana berjaya membawa team anda untuk mendapatkann pingat gangsa. Harap lepas nie tak da jumpa lagi dalam perlawanan bola jaring ye. Kalau nak jumpa punn, jumpa masa final kayy. Hahaha

Sekian entry untuk kali nie. Jumpa tahun depan GA !


#dulu satu team



#sekarang lain team

Sunday, 15 December 2013

SYUKUR

Assalamualaikum dan selamat pagi-pagi. 

Haa, lame nyer tak tulis entry baru. Tema 2 minggu lepas punn aku tak buat lagi. Haihh -.-' Aku patut bersyukur dapat seorang pensyarah macam Sir Azzwan nie. Kalau pensyarah lain, tak kisah pasal blog-blog nie. Tapii markah tetap kena ambil jugak sebagai carry mark. Macam mana nak dapat markah kalau blog cuma 2 post dan pensyarah tu tak pernah ambil tahu punn tentang blog pelajar nyer. 

Apa yang aku kagum dengan sir dan buat aku rasa bersyukur sangat ialah sir tak pernah kedekut masa untuk pelajar nyer. Walaupun masalah peribadi, sir tetap akan luangkann masa untuk mendengar masalah pelajar nyer. Tak ada pensyarah yang akan buat begitu untuk pelajar nyer. 

Bersyukur dapat masuk set yang diajar oleh Sir Azzwan. Pada awal kelas dulu aku ada niat nak tukar set, tapii atas nasihat Umee dan keberanian aku untuk menghadapi sikap sir yang ala-2 ke-muda-an tu, aku kekal hingga sekarang dan aku rasa bertuah dapat belajar dalam set 4 nie.

Walaupunn masuk kelas sir banyak bercerita dan melawak, sebenar nyer banyak pengajaran yang sir nak terapkann dalam diri setiap pelajar nyer. Cuma kita sedar atau tidak jeg. Bukan mahu membandingkann antara set, tetapi ingin aku katakann set 4 sir Azzwan awesomee !

Tapii, berita yang menyedihkann sir akan sambung belajar keluar negara dan saat sir menceritakan tentang perkara itu,sungguh, bergelingang air mata aku. Sebab apa ? Sebab tiada lagi pensyarah yang akan duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar nyer bersama. Dan apa yang aku mampu buat ialah hanya berdoa yang terbaik untuk sir Azzwan.

Dan aku beryukur dipertemukan seorang pensyarah, seorang pendengar dan seorang kawan seperti Sir AZZWAN. Terima kasih atas segalanyer sir dan semoga berjaya dunia akhirat.


Tuesday, 3 December 2013

SUKEM : HOKI

Assalamualaikum. Good Morning !

Pagi yang indah hari nie. Semalam satu hari hujan tak henti-2. Macamada orang yang sedihh sangat-2. Tapii tak pe, hujan kann rahmat Allah. Alhamdulilah. :)

Ok, kali nie entry wan berkenaan dengan SUKEM HOKI. Sebab apa hoki ? Sebab aku adalah salah satu pemain hoki Kolej Ibrahim Yaakub. Haaa, sebenar nyer nak bagitahu jeg, pasukan hoki (P) KIY dapat tempat kedua. Alhamdulilah.

Rasa berbalas apa yang dikorbankann oleh MEP Sukan. Rasa berbalas malu yang ditanggung ketika mesyuarat SUKEM ( Pusat ) dijalankann. Siapa kata KIY lemah ? Bukan mahu dibangga, tapii rasa beban dibahu terlepas setelah bejaya mendapatkann pingat walaupun hanya perak.

Berbekal kann semangat yang ada dengan latihan yang dilakukan tidak berapa. Akhirnya kami tawakal dan berdoa agar diberikann kemenangan. Terima kasih Ya Allah. :') 

Sebenarnyer tak puas hati dengan keputusan pengadil sebab ada berlaku sedikit kekasaran oleh pihak lawan. Tapii tak mengapa, Allah tahu apa yang berlaku. Hmm, perlawanan agak sengit di antara kolej-kolej lain. Perlawanan semua nyer seri dan kami hanya menang setelah melakukan penalti. Semasa perlawanan aku takut sangat. Takut sebab tak menang. Mana tak nyer, ragbi KIY dah dapat emas pada hari yang sama. Tak kann kami nak pulang dengan tangan kosong. Jadi semangat itu kami ambil dan berusaha untuk sampai ke perlawanan akhir.

Kenangan semasa main hoki banyak sangat. Lebam kat tangan. Lebam kat kaki jangan cakap laa kann. Melambak bekas nyer. Yang kena bola lain, yang kena stick lain. Sebab tu orang cakap nak main hoki nie hati kena kering + kuat. Kalau tak dah meraung. Hahahaaa. Apa yang penting nak disampaikann ialah semangat kesukanan + sepasukan. Kerjasama sangat penting ketika bermain. 

Jadi bersukan nie bukan hanya suka-2, tapii mengajar kita macam-2 dan faedah nyer banyak sangat. Siapa kata bersukan penat ? Memang penat tapii kena ingat apa yang kita dapat.
Sekarang aku sedang berusaha untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan bola jaring dan bola baling yang akan datang. Doakann untuk kami ye kawan-2. :')

Sekian sudah dan selamat beramal :)








Monday, 2 December 2013

KRITIKAN BLOG

Assalamualaikum. Selamat Petang !

Hari nie satu hari hujan. Dari pagi sampai ke petang tak berhenti-henti hujan nyer. Kali nie aku nak tulis pasal sesi kritik blog yang lepas. Sesi kritik blog hari Jumaat yang lepas. Tapii hari nie baru nak tulis. Heheee. Sebenar nyer, rasa takut sangat sebab tak pernah ada blog dan blog tu akan dikritik oleh pakar-2 blog. Sesi kritik nie punn bukan untuk jatuhkann kita tapii untuk memperbaiki kesilapan kita.

Sebenar nyer hari sesi kritik blog tu aku tido lepas subuh. 1 jam setengah jeg aku tido. Tu yang lambat sampai. Huhuuu. Tambah pulak budak drama nak buat latihan. Awal nyer bercadang untuk tunggu sampai sesi akhir, tapii maaf sir. Latihan drama pula. 

Sampai saat aku dikritik. Berdebar tak terkata. Hahaaa. Takut punyer pasal kann. Tapii, alhamdulilah, tak bape nak kena kritik laa. Kita belajar dari kesilapan kann. Tingkat kann lagi kemahiran dalam menulis blog. Terima kasih sir, terima kasih kakak-2 senior yang sudah kritik blog saya. Akan diperbaiki segala kesilapan. InsyaAllah. 

Terima kasih dan selamat beramal :)

Friday, 29 November 2013

KESALAHAN DALAM SOLAT



Assalamualaikum and morning !

Ouke, entry kali nie aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat hari nie. Nie adalah task yang aku perlu lakukan. Jadi aku terpanggil untuk tulis entry nie sebagai peringatan kepada korang semua dan jugak diri aku sendiri.

Sedar tak sedar, adakah sah solat kita ? Adakah Allah terima solat kita ? Oleh itu, jom kita belajar apakah kesalahan yang sering dilakukan dalam solat sama ada kita sedar ataupunn tidak.


  • Tidak berdiri lurus bagi yang berkemampuan.
Bagi yang sempurna sifatnya, perlulahh kita berdiri tegak dahulu dan sekiranya sakit dan tidak boleh berdiri dengan sempurna, barulahh kita boleh duduk.
  • 4 jenis bacaan yang tidak dibaca dengan jelas.
  1. Takbiratul Ihram
  2. Al-Fatihah
  3. Bacaan tahiyat akhir
  4. Lafaz salam
4 jenis bacaan ini perlulahh dibaca 100% lafaz dimulut sekurang-kurang nyer di dengar oleh kita sendiri sekira nyer kita solat secara bersendirian. Ini adalah kerana 4 jenis bacaan ini merupakan rukun qauli dalam rukun solat dan tidak sah solat itu sekiranyer tidak sempurna.
  • Mencuri dalam solat.
Ini bermaksud tidak thomakinah iaitu berhenti seketika ketika rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk berhenti seketika adalah cukup sekadar melafazkan 'Subhanallah'. Dan korang kena ingat, lafaz ketika rukuk dan sujud adalah ringan di lidah kita, tetapi berat di sisi Allah.


  • Pergerakan besar melebihi 3 kali.
Contoh yang ketara aku boleh bagi ialah dengan mengayunkann tangan semasa itidal. Ini merupakan kesalahan dalam solat kerana berlaku nyer pergerakan besar lebih 3 kali.
  • Sujud tidak sempurna.
Sujudlah dengan menyentuhkann 7 tulang ke lantai bumi iaitu muka ( dahi dan hidung ), 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 tapak kaki.

InsyaAllah, bersama lahh kita memperbaiki solat kita dengan menjadi yang lebih baik. Perkongsian ilmu yang sedikit lebih baik daripada tiada perkongsian. Bersama muhasabah diri kita.

Sekian, renung-renungkann dan selamat beramal :)

SOMEONE SPECIAL FOR ME !

Orait, sampai tema untuk minggu nie. Ehh, Assalamualaikum :)

Ok, nak story pasal someone special nie macam susah sikit. Bukan apa, nak story pasal boyprenn, buat sakit hati, nak story pasal family, maybe lain kali. Nak story pasal bestfrenn ? Bestfren dah tikam belakang. Acane tu ? 

So, aku decide nak story pasal 2 manusia yang banyak tolong aku. Perkenalan kami tak daa laa lama sangat. Kenal masa kat KMJ jugak. Sorang jumpa masa main netball sorang lagi classmate. Sampai sekarang kami masih contact antara satu sama lain. Sorang kat UKM, sorang lagi kat UNISEL. 

They are UME YANA BT ABD RAHMAN and NORHAMIZA BT AZMI.


#UME #WAN #MIZA

Memang aku tak berapa kenal lagi mereka. Aku tak tahu apakah hobi mereka, apakah warna kegemaran mereka, apakah cita-cita mereka, tapii mereka lahh yang banyak tolong aku saat diri aku rasa tak berguna. Saat aku dikhianati oleh kawan baik aku sendiri, Miza yang banyak sokong aku. Saat aku tak percaya lagi orang yang bergelar kawan, Miza dan Ume yang sokong aku. Saat konflik berlaku antara aku dengan orang yang aku sayang ( boypren ), Ume yang sokong aku.

Sokongan yang tak putus bersama kata-kata semangat yang mereka beri menyebabkann aku masih disini. Segala kisah hidup tidak lagi menjadi rahsia antara kami. Masa banyak diluangkann bersama. Lebih akrab bila tempat belajar di satu negeri yang sama.

Macam banyak ayat jiwang jeg. Aku peduli apa, blog aku. Hahaaa. Memang ini yang aku rasa kann bila mereka ada dengan aku. Apa yang aku harapkann adalah kita akan menjadi kawan yang terbaik sehingga ke akhirat. Korang semua kena ingat, bila seseorang tu dahh jadik kawan kita, dia akan menjadi kawan kita untuk selama nyer. Cuma aku terkilan sebab kawan baik aku sendiri tikam belakang aku. Jadi lalang yang hanya bergerak mengikut tiupan angin yang kuat. :'(



Miza and Ara


Netball mengeratkann hubungan kami

Semoga Allah memberikan umur yang bermanfaat kepada sahabat-sahabatku ini. Ya Allah, lancarkan lahh perjalanan hidup mereka dan redhai kehidupan mereka. Hanya doa yang mampu aku berikan. 

Sekian, selamat beramal :)

RINDU ROOMMATE !!

Holla ! Assalamualaikum. :)

Kekangan masa menyebabkann blog aku terbengkalai. Tapii tu semua hanya alasan bagi aku sebenar nyer. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Yes, memang aku banyak hutang blog dengan sir dan aku akan cuba cover balik blog-2 yang terbengkalai tu. Huhuuu.

Entry kali nie aku nak cerita pasal roommate aku kat KMJ dulu. Berbeza dengan roommate yang sekarang :'( Bukan aku nak banding kann. Tapii memang banyak sangat beza nyer. Walaupunn kami berempat dan datang dari latar belakang keluarga yang berbeza, tapii kami seperti adik beradik. Susah senang bersama, suka duka bersama. Saling mengingati antara satu sama lain dan tak ada rasa tidak keselesaan antara kami.

Menangis kegembiraan jika aku dipertemukan lagi dengan mereka. Nak menceritakann saat manis dan pahit bersama memang tak ada penghabisan. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga umur mereka diredhai Allah. Walaupunn hanya satu tahun kami hidup bersama, kenangan antara kami begitu banyak.

Terima kasih Allah kerana Engkau pertemukan aku dengan mereka. Walau hanya seketika, ia tetap bermakna pada diri aku. Rindu pyqaa, nazera dan zalina ! My roommate at KMJ !


Dinner Night #Part1 :)


Dinner Night #Part2


with NAZERA


with PYQAA

SEMANGAT KEKOLEJAN

Hyepp ! Selamat pagi !

Haa, tak tidur lagi niee. Hehee. Ok, kali nie aku nak taip tentang semangat kekolejan yang ada pada diri kita sekarang niee. Aku kecewa + sedih dengan sikap segelintir pelajar yang buat endah tak endah jeg dengan apa yang jadik kat kolej masing-masing.

Kita kena ingat, masuk universiti nie bukan hanya untuk belajar jeg. Kita hidup bersosial dan bermasyarakat. So, why not kite terlibat dengan program kolej. Pandangan pelajar sekarang nie yang aku nampak ialah hanya mahukann HP. Tak da HP, tak nak join program tu. Kita tengok yang event yang terdekat setakat nie. Contoh nyer SUKEM.

Ya, memang tak dapat HP kalau kita join SUKEM. Tapii kita tak boleh fikir macam tu. Kita kena tengok dari segi luar daripada HP. Contoh nyer nak menaikkan nama kolej sendiri. Korang tak rasa malu ke biler orang pandang rendah kat kolej yang korang diami sekarang nie. Semua orang akan mempertikai kann kolej korang sekali gus mencabar maruah korang.

Jadi, semangat kekolejan tu perlu diterapkann dalam diri masing-2 untuk menaikkan nama kolej korang sendiri. Kalau penghuni nyer yang tak sokong program atau terlibat dalam menaikkan nama kolej, kita nak suruh siapa lagi. Betul tak ? Mind set pelajar itu sendiri yang perlu ditukar. 

Berfikir lahh sejenak. Faedah nyer memang kita tak dapat malah hanya memenatkann diri kita sendiri. Tapii perlu ingat kepuasan yang kita akan dapat sekiranyaa nama kolej kita disanjung tinggi.

Akhirulkalam. Selamat beramal :)