Friday, 29 November 2013

KESALAHAN DALAM SOLAT



Assalamualaikum and morning !

Ouke, entry kali nie aku nak share sedikit ilmu yang aku dapat hari nie. Nie adalah task yang aku perlu lakukan. Jadi aku terpanggil untuk tulis entry nie sebagai peringatan kepada korang semua dan jugak diri aku sendiri.

Sedar tak sedar, adakah sah solat kita ? Adakah Allah terima solat kita ? Oleh itu, jom kita belajar apakah kesalahan yang sering dilakukan dalam solat sama ada kita sedar ataupunn tidak.


  • Tidak berdiri lurus bagi yang berkemampuan.
Bagi yang sempurna sifatnya, perlulahh kita berdiri tegak dahulu dan sekiranya sakit dan tidak boleh berdiri dengan sempurna, barulahh kita boleh duduk.
  • 4 jenis bacaan yang tidak dibaca dengan jelas.
  1. Takbiratul Ihram
  2. Al-Fatihah
  3. Bacaan tahiyat akhir
  4. Lafaz salam
4 jenis bacaan ini perlulahh dibaca 100% lafaz dimulut sekurang-kurang nyer di dengar oleh kita sendiri sekira nyer kita solat secara bersendirian. Ini adalah kerana 4 jenis bacaan ini merupakan rukun qauli dalam rukun solat dan tidak sah solat itu sekiranyer tidak sempurna.
  • Mencuri dalam solat.
Ini bermaksud tidak thomakinah iaitu berhenti seketika ketika rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk berhenti seketika adalah cukup sekadar melafazkan 'Subhanallah'. Dan korang kena ingat, lafaz ketika rukuk dan sujud adalah ringan di lidah kita, tetapi berat di sisi Allah.


  • Pergerakan besar melebihi 3 kali.
Contoh yang ketara aku boleh bagi ialah dengan mengayunkann tangan semasa itidal. Ini merupakan kesalahan dalam solat kerana berlaku nyer pergerakan besar lebih 3 kali.
  • Sujud tidak sempurna.
Sujudlah dengan menyentuhkann 7 tulang ke lantai bumi iaitu muka ( dahi dan hidung ), 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 tapak kaki.

InsyaAllah, bersama lahh kita memperbaiki solat kita dengan menjadi yang lebih baik. Perkongsian ilmu yang sedikit lebih baik daripada tiada perkongsian. Bersama muhasabah diri kita.

Sekian, renung-renungkann dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment