Pagi yang indah hari nie. Semalam satu hari hujan tak henti-2. Macamada orang yang sedihh sangat-2. Tapii tak pe, hujan kann rahmat Allah. Alhamdulilah. :)
Ok, kali nie entry wan berkenaan dengan SUKEM HOKI. Sebab apa hoki ? Sebab aku adalah salah satu pemain hoki Kolej Ibrahim Yaakub. Haaa, sebenar nyer nak bagitahu jeg, pasukan hoki (P) KIY dapat tempat kedua. Alhamdulilah.
Rasa berbalas apa yang dikorbankann oleh MEP Sukan. Rasa berbalas malu yang ditanggung ketika mesyuarat SUKEM ( Pusat ) dijalankann. Siapa kata KIY lemah ? Bukan mahu dibangga, tapii rasa beban dibahu terlepas setelah bejaya mendapatkann pingat walaupun hanya perak.
Berbekal kann semangat yang ada dengan latihan yang dilakukan tidak berapa. Akhirnya kami tawakal dan berdoa agar diberikann kemenangan. Terima kasih Ya Allah. :')
Sebenarnyer tak puas hati dengan keputusan pengadil sebab ada berlaku sedikit kekasaran oleh pihak lawan. Tapii tak mengapa, Allah tahu apa yang berlaku. Hmm, perlawanan agak sengit di antara kolej-kolej lain. Perlawanan semua nyer seri dan kami hanya menang setelah melakukan penalti. Semasa perlawanan aku takut sangat. Takut sebab tak menang. Mana tak nyer, ragbi KIY dah dapat emas pada hari yang sama. Tak kann kami nak pulang dengan tangan kosong. Jadi semangat itu kami ambil dan berusaha untuk sampai ke perlawanan akhir.
Kenangan semasa main hoki banyak sangat. Lebam kat tangan. Lebam kat kaki jangan cakap laa kann. Melambak bekas nyer. Yang kena bola lain, yang kena stick lain. Sebab tu orang cakap nak main hoki nie hati kena kering + kuat. Kalau tak dah meraung. Hahahaaa. Apa yang penting nak disampaikann ialah semangat kesukanan + sepasukan. Kerjasama sangat penting ketika bermain.
Jadi bersukan nie bukan hanya suka-2, tapii mengajar kita macam-2 dan faedah nyer banyak sangat. Siapa kata bersukan penat ? Memang penat tapii kena ingat apa yang kita dapat.
Sekarang aku sedang berusaha untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan bola jaring dan bola baling yang akan datang. Doakann untuk kami ye kawan-2. :')



No comments:
Post a Comment