Tuesday, 15 October 2013

HISTERIA



Kali nie tulisan blog wanQ atas permintaan adik wanQ sendiri. Dia nak wanQ citer pasal histeria yang melanda kat sekolah dia. Then dia cakap ada masuk Berita Harian. Ahakss. Lawak laa. Baru masuk surat khabar dah jadik jakun. Heheee. Biasa laa tu.

Hmm, nak citer pasal pengalaman histeria aku nie memang banyak. Bermulanya masa aku tingkatan 1 dan masuk asrama. Fisrt time tengok orang kena histeria. Woahhh, sangat takut sebab tu bukan diri dia. Tapi alhamdulilah sebab ayah wanQ dah bagi nasihat awal-awal berkenaan histeria nie. Ayah cakap jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jangan terlalu leka dan berfikir keadaan tersebut. Teringat kata-kata ayah dan dengan itu digagahkan jugak untuk membantu, tapi hanya mampu membacakan ayat-ayat Al-Quran.

Tapi paling adventure dalam pengalaman histeria nie adalah semasa wanQ bersekolah di Johor Bahru. Pengalaman yang tak boleh dilupakan dan cerita ini banyak wanQ kongsikan kepada adik-adik supaya diaorang bersedia menghadapi apa-apa keadaan histeria jika berlaku di sekolah mereka. 

Hmm, ada satu malam tu, wanQ dengan kawan-kawan wanQ pergi masjid. Nak solat maghrib. Tiba-tiba sorang kawan wanQ nie pengsan. Kelam kabut jadik nyer. Baru jeg nak angkat budak tu, tiba-tiba dia bangun dan muntah. Terkejut ! Hakkk ! :o Biar betul ? Saat tu jugak dia menjerit tapi rasa nyer bukan dia. Suara dia besar giler. Tindakan paling tepat ialah panggil ustaz dan warden. Paling takut bila tengok 'dia' merangkak dan menghentakkan kepala ke lantai. Takut jadi lagi buruk, kami ambil keputusan untuk pegang 'dia'. 14 orang yang pegang sambil membaca ayat suci Al-Quran dan 'dia' mampu bergerak dan menunjukkan reaksi muka yang menakutkan. WanQ tawakal jeg masa pegang 'dia' dan paling sadiss, 'dia' gigit jari wanQ ! Sakit giler kowt. Tak sangka pulak 'dia' boleh menggigit. Then, ustaz ubatkan menggunakan biji lada hitam + garam dan ayat-ayat Al-Quran. Setelah bergelut beberapa minit, alhamdulilah, dengan izin Allah, selamatlah kawan wanQ. Sedih tengok kawan wanQ tu. Badan sangat lemah dan muka sangat pucat.

Ehh, nie na citer pasal histeria wanQ atau histeria adik wanQ ? Hahaaa. Macam nie citer nyer. 50 orang pelajar MRSM Muar kena histeria. 50 orang ? Ramai tu sampai masuk Berita Harian. Tapi nasib baik adik wanQ nie lelaki. Berani la jugak dia sebab cikgu-cikgu suruh balik. Tapi dia tak nak balik. Sayang sekolah lah katakan.

So, jagalah diri masing-masing. Kuatkan pendinding diri dengan cara sendiri. Tapi yang berlandaskan agama dan kepercayaan. Bagi yang beragama Islam, sentiasa mengamalkan diri dengan membaca Al-Mathurat, Surah-surah 4 Qul, Ayat Kursi, Al-Fatihah dan lain-lain. InsyaAllah, diri kita kan dilindungi dari syaitan.



Keratan akhbar tentang histeria



Keadaan mangsa selepas diserang histeria




No comments:

Post a Comment